Friday, May 29, 2009

Aku Anak Mak~



Tanpa perasaan segan serta silu..

Dengan secara terbuka aku mengaku bahawa aku anak mak..

Yup.. Btol.. Memang aku anak mak..

Aku juga anak bapak..

Kiranya aku anak mak bapak aku laa..

**********

Sering kali aku diajukan soalan seperti:-

"Ko nih anak mak eh"?... tanya rakan-rakan aku..

Pada mulanya dulu.. Segan juga aku nak mengiyakan persoalan itu..

Selalu aku akan menjawab "mane ade, aku plak anak mak.. ko laa.. ckp byk plak"...

Tapi pada malam yang panas ini..

Aku mulai terpikir..

Kenapa aku mesti segan nak mengaku aku anak mak??

Nak kata mak aku tak cun tak jugak..

Mak aku laa insan paling cun aku kenal..
(Selepas Ana Beatriz Barros dan juga Jessica Alba)..

Mak aku juga adalah membesarkan aku dari kecil..

Dah laa aku menyusu paling lama antara adik beradik..

Sampaikan mak aku terpaksa mencari ikhtiar nak bagi aku berhenti..

Mak aku mendapat idea creative untuk......... dan akhirnya aku berhenti..

Part tuh terpaksa dirahsiakan..

Kerana terdapat unsur-unsur 18pL..

************

Walaupon mak aku sememangnya merupakan seorang yang garang..

Dia juga merupakan seorang insan yang multi talented..

Bab nak persuade orang nih..

Serah saja pada mak aku..

Memang kompem setel jawapan dia..

Tidak ada orang yang mampu melawan kata-kata dia..

Walaupon mak aku sememangnya kedekut sedikit..

Namun aku tetap mintak duit dengan bapak aku..

Kadang-kadang duit aku kene tab sikit dengan mak..

Tapi tak kan laa aku nak berkira dengan mak sendiri..

Jadi aku pon sudah lali dengan itu semua..

Walaupon mak aku suka mencari kesalahan aku..
Namun aku tetap rileks dan cool mengatasi masalah itu..

Akan ku katakan pada mak dengan selambe..

1)"Mama nih tak elok marah-marah.. Nanti muka cepat berkedut"..

2)"Mama nih tak nampak cun laa bile marah"..

3)"Ye mama, saya salah.. mintak maap banyak"..

Secara automatik mak aku tak jadi nak marah aku..

Siap kata i lap u lagi tu..

Tu laa.. Jadi anak ni kene pandai amik hati mak..

Baru laa senang sikit hidup nih..

Tapi kene tengok timing jugak kadang-kadang tuh..

Silap timing pelempang mendapat..

Jadi jangan laa sengal sangat bagi yang nak praktikkan ayat tuh..

************



Bagi sape-sape yang masih mahu menggelakkan aku kerana aku mengaku anak mak..

Aku pasti korg cemburu.. Mungkin korg tidak mendapat kasih sayang yg cukup dari mak..

Mungkin juga adik-beradik korg terlalu ramai..

Dan menyebabkan mak korg terpaksa membahagikan kasih sayang antara semua..

Tu laa.. Sapa soh korg asek mintak macam-macam kat mak..

"Mak.. Kita nak adik laa".. kata anak bongsu pada ketika itu..

Mak korg pon tunaikan permintaan itu.. Mendapat adik lagi seorang..

Tengok macam aku.. Tak ada pon mintak mak aku adik baru..

Sebab aku dah tau apa akibat dia..

Kadang-kadang aku teringin jugak nak ada adik..

Boleh jugak aku soh dia buat macam-macam..

Tapi kalo aku mintak adik baru sekarang..

Mau kene penerajang dengan mak aku..

***********

Apa-apa pon alasan korg nak gelakkan aku..

Aku terima dengan hati terbuka..

Aku tau mak aku power..

Aku sangat sayang mak aku..

Mak aku juga tersangat sayang padaku sebab tu dia asek marah aku je keje..

Bagi anak-anak yang masih segan mahu mengaku anak mak fikirkan laa..

Tak ada apa yang patut dimalukan..

Sepatutnya berbangga lagi ada laa..

Bukan senang nak dapat mak yang suka marah-marah..

Marah itu tanda sayang.. Tanda dia kisah pada kita..

Kalo dah tak ada nanti usah dikenang..

Hargai laa mereka dari bukan sekarang.. Patutnya dari dulu lagi..

**************

Aku tulis entri kali ini bukan sebab mak aku suruh..

Sebab mak aku tak suruh laa aku tulis..

Buat mak seorang insan istimewa di hati harus aku beri satu dunia tahu..

Bahawa aku adalah anakmu..

Nantikan selepas ini >> Aku Anak Ayah~

[Aku anak mak bapak]