Thursday, May 21, 2009

Apakah itu insomnia??



Pengenalan

Secara umumnya insomnia itu adalah masalah mengenai tidur yang dapat mengganggu kualiti hidup seseorang insan..
Mereka yang mengalami insomnia mempunyai masalah sukar untuk lelap (tidur) ataupon mudah terjaga semasa tidur..
Kemungkinan besar mereka akan terjaga tengah-tangah malam ataupon terlalu awal pada pagi keesokkan harinya..

**********

Apakah yang menyebabkan insomnia?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang mengalami insomnia.
Antaranya termasuklah:-

1) Stress (perasaan takut / risau terhadap sesuatu contohnya kerja rumah dll.)
2) Kemurungan (moral down seperti baru clash dengan balak / awek)
3) Amalan tidur (seperti menonton tv sambil baring di katil / tidak mempunyai jadual tidur yang effisien)
4) Pertukaran suasana tempat tidur (bunyi bising/ cahaya / tempat tidur bertukar)
5) Stimulant (seperti tembakau / kafein / alcohol / dadah ubat / dadah suka-suka)

***********

Apakah petunjuk-petunjuk insomnia?

Petunjuk bagi insomnia berbeza pada setiap individu..

1) Masalah untuk lelap (tidur), seperti baring di atas katil selama lebih sejam atau lebih namun masih tidak dapat lena.. Aku punya masalah laa ni.. Jadi aku pilih untuk memanfaatkan masa dengan menulis atau membuang masa dengan melayari internet..
2) Bangun di tengah malam dan sukar tidur semula.
3) Bangun terlalu awal pagi keesokkan hari.
4) Rasa letih bila bangun tidur seperti tidak mendapat tidur secukupnya.
5) Rasa mengantuk di siang hari sehingga mengganggu prestasi kerja dll.

***********

Cara-cara mengatasi insomnia..

1) Tidur pada masa yang sama setiap malam. (susah nih!!)
2) Bangun pada waktu yang sama setiap pagi. (payah gila nak bajet!!)
3) Elak pengambilan kafein serta alkohol beberapa jam sebelum tidur. (releven juga!!)
4) Bersenam secara istiqamah tetapi pastikan sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum tidur
5) Elakkan tidur di siang hari. (sukar mengawal diri terutama dalam kelas!!)

**********

Masalah aku adalah sukar untuk lena / lelap / tidur..
Tapi bila aku dah tidur aku sukar untuk bangun..
Jadi aku sendiri pon tidak pasti sama ada aku ini mengidap insomnia atau tidak..
Mungkin sesetangah perkara ada juga tempias pada diri aku..
Tapi part bangun terlalu awal keesokkan hari itu memang mintak maaf laa!!
50% aku mengidap insomsia.. 50% lagi aku tidak pasti..

Semalam aku tidur hanya 2 jam sahaja dan sehingga sekarang aku masih segar-bugar..
Kronik juga masalah aku ini.. Tapi nak jumpe doktor kang doktor sumpah seranah aku plak.. Kompem doktor akan menyalahkan aku juga akhirnya.. Jadi malas laa~
Buat apa nak buang duit dan masa untuk jumpa doktor yang akhirnya akan menyalahkan aku insan yang tidak berdosa ini??

Apa-apa pon aku harap informasi ini berguna buat kalian..
Tidur juga penting.. Penting juga tidur..
Keseimbangan hidup hak setiap insan~