Monday, May 25, 2009

Cerita Si kerani~

Pernah aku terdengar sebuah kisah yang disampaikan oleh seorang ex-kerani..

Kisahnya dahulu..

Dia merupakan seorang kerani..
Kerani di sebuah bank negara bernama Malaysia..
Mula-mula dia masuk kerja pada hari pertama ada orang memberi dia sebuah meja sendiri siap kerusi, sebatang pen dan juga kertas A4 yang bukan jenama Double A kerana pada ketika itu syarikat tersebut belum wujud lagi..

Pada hari pertamanya itu juga..
Dia perasan suatu perbezaan yang wujud dalam office itu..
Perbezaan itu sangat ketara..
Dia merupakan kerani tunggal dalam section tersebut..
Yang lain-lain merupakan pegawai-pegawai..

Yang pegawai-pegawai semua berpakaian sama sahaja seperti dia..
Cuma beza yang wujud adalah pada kerusi yang mereka duduki..
Kerusi pegawai-pegawai ada tempat letak tangan (hand rest)..
Tapi kerusi dia tiada tempat letak tangan..
Pelik juga.. Mengapa boleh jadi begini??

Oleh disebabkan perasaan ingin tahu yang kian menebal..
Pada minggu yang pertama itu juga dia mengajukan soalan kepada boss..

"boss, kenapa kerusi orang lain ada hand rest tetapi kerusi saya tiada?"... tanya si kerani itu kepada bossnya..

"Owh.. sebab ko kerani, yang lain-lain tu pegawai"... Jawab boss dengan selambe..

Namun si kerani tidak puas hati dengan jawapan itu..

Jadi dia pon mengajukan lagi satu soalan kepada boss..
"Kenapa macam tu boss?"... tanya kerani lagi..
"Sebab kerja ko menulis jadi tak perlukan hand rest.. Tangan ko perlu sentiasa di atas meja menulis.. yang ada hand rest itu kerja mereka berfikir.. Jadi mereka perlukan hand rest untuk letak tangan bagi menyokong kepala mereka sambil berfikir".. jawab boss dengan penuh terperinci..

Sungguh tidak adil!!
Ini merupakan suatu bentuk diskriminasi terhadap golongan pekerja sokongan..
Tanpa pekerja sokongan negara kita tidak akan maju seperti sekarang..
Mereka juga patut dihargai serta diberi layanan yang baik..
Scenario sebegini tidak lagi wujud pada zaman ini..
Sekarang kerani juga ada kerusi yang dilengkapi hand rest..

Zaman jahiliyah itu sudah lama berlalu..

Sekarang si kerani itu sudah bergelar sebagai seorang senator..
Dia juga merupakan seorang menteri di negara ini..
Lihat!! seorang kerani pada mulanya juga boleh menjadi menteri..

Ternyata!!

Semua bergantung pada usaha.. Kita boleh mencapai sesuatu sekiranya ada usaha..
Pipih tidak datang melayang.. Bola pula datang bergolek selepas ditendang..
Layang-layang pula perlu di tarik supaya terbang..

Cerita perlu di sampaikan bagi menunjukkan teladan..

[Kisah benar ini diadaptasi dari kisah hidup seseorang]