Saturday, May 23, 2009

Gejala Lepak~

Sebagai mana semua sedia maklum gejala lepak ini memang sudah synonym dengan rakyat malaysia.. Malaysia nightlife memang hidop beb..
Asal sebut je orang malaysia memang orang akan tahu 'kuat lepak budak nih'..
Rata-rata yang melepak nih bersama teman.. Jarang-jarang ada yang lepak sorang2..
Tapi ada jugak macam mamat mane ntah tadi dok lepak gune laptop menumpang wireless mapley tuh.. Baik ko guna broadband laa bro.. Kat mana-mana ko boleh online..

Secara logik yang kaki lepak ni golongan muda dari budak sekolah sampai laa ke golongan yang sudah bekerja..
Tapi sedarkah anda semua bahawa golongan dewasa / tua / bapak orang serta bini die sekali pon kuat lepak jugak??
Kadang-kadang aku lepak mapley ke mana-mana mesti ada punya orang tua lepak..
Siap dengan anak bini lagi tu.. Dah sah laa anak-anak muda sekarang ini diajar oleh orang tuanya supaya meneruskan tradisi lepak ini..

Persoalan tentang kenapa anak-anak muda di negara kita ini banyak kaki lepak sudah jelas terjawab di sini..
Jawapan dia sebab mak bapak dia yang ajar sejak dari kecil lagi..
Jadi tak boleh nak salahkan siapa di sini..

************

Antara tempat-tempat menarik yang selalu ramai orang lepak adalah seperti:-

1) kedai mamak / mapley (Darus, Naz Maju, NZ, Hasan, Ali, BRJ, dll byk sgt kot)
Mamak punya layanan memang first class.. Aku yang muda ni pon die sebat panggil aku abang.. Pastu kalo bab amik order memang laju.. Mamak ni boleh dikategori sebagai waiter yang menurut perintah tapi dibayar gaji rendah.. Kesian mamak itu!!

2) surau (golongan mat surau terutamanya) golongan ini patut dipuji kerana telah menerima didikan yang bagus.. Tapi lepak surau lama-lama sampai perkara lain pon naik lupa seperti anak bini dan sebagainya masalah juga bang..

3) kelab malam - yang bab ni aku kurang arif tapi yang aku tahu sebelum popularnya kelab-kelab malam di malaysia ini dari jam 8malam memang penuh gila mapley sampai ke pagi.. Selepas ramai berkecimpung dalam bidang ini start kol 3 pagi baru laa mapley kembali penuh.. So bagus jugak laa.. Senang sket aku nak cari table..

4) shopping mall - yang ini budak-budak sekolah memang cukup suka.. Asal cuti je kompem penuh tempat-tempat macam klcc, pavilion, mid, ou, sunway, mines, times square, low yat, sg wang, dll.. yang bestnya kadang dorg bukan beli apa-apa pon..
Duduk situ jalan-jalan bikin crowded sudah.. tak pe laa kasik chan.. Mereka budak baru belajar dan banyak lagi tempat menarik dorg tak tau..

5) Kawasan yang ada air - sungai-sungai.. Air terjun.. Kolam air panas.. kolam renang.. kolam pancing ikan.. lombong.. loji najis.. tasik.. pantai.. laut..
Sebut sahaja tempat yang ada air kompem ada orang lepak.. Almaklum laa negara ni panas kan.. Keje nak berendam dalam air je.. Mandi-manda berkelah bersama memang seronok juga.. Tapi yang buat keje lain-lain tu tak reti nak cover line baik balik sekolah belajar lagi.. Masuk laa kelas 'cover line cemerlang'.. Bikin malu saja..

6) Kawasan "Asal boleh lepak" - Kaki lima / tepi jalan / perhentian bas / depan simpang/ depan masjid / bawah jambatan / tepi bangunan / atas jambatan / dalam rumah / tepi longkang / dan lain-lain tempat yang boleh lepak.. Semua tempat pon boleh lepak.. tak kan ada orang pelik.. Semua orang pon biase buat..
Kalo mat skema lepak dalam kelas atau perpustakaan baru orang pelik sekarang..
Kalo mat ropi lepak dekat masjid aku pon naik hairan..

*************

Walaupon gejala ini sering kali di pandang negatif namun aku yang sentiasa berfikiran positif ini berpendapat sebaliknya..

Positif~

Lepak lepak lepak.. Macam-macam boleh dapat.. Silap-silap lepak dekat hentian bas boleh dapat no fon awek cun.. Kan positif tu.. Kalo tak cun buang saja no itu..
Kalo lepak bersama rakan berbual mengenai isu-isu semasa dah tambah ilmu di dada walaupon dada dah cukup besar setiap hari pekena nasi lemak siang malam campur dengan telur mata / telur dadar / telur separuh masak lagi..
Lepak juga boleh membahkan kenalan.. Orang-orang tua biasa lepak membincangkan tentang ilmu rumah tangga.. Cara untuk menunaikan tanggungjawab terhadap bini..
Memberi nafkah secukupnya dan juga berbincang mengenai duit sekolah anak-anak..

Lepak tengok bola.. bab ni memang gila.. yang best pasal ni kite boleh gelakkan member-member yang team dorg kalah.. lagi-lagi kalo dorg semangat pula nak mengenakan jersey pasukan kegemaran sewaktu sesi lepak itu.. Memang kena bahan!!
Main bola pon tak berapa nak pandai.. Komen orang men bola je pandai.. Bola sendiri pon tak reti nak kawal.. Banyak pulak bunyik..

Satu lagi perkara yang positif yang tak ramai orang tahu.. Kalo selalu lepak dekat mapley yang sama setiap hari.. Mamak tu pon kompem dah kenal kita.. Panggil kite boss siap!! Lepas tu time nak kira tu mamak tu kasi diskaun 10% pelanggan setia..
Jimat sikit duit.. Kan rakyat suka dengar diskaun-diskaun ni.. Asal nampak diskaun je laju.. Satu hari nanti mamak kene buat SALE.. kompem lagi ramai datang..
Pastu sape yang kaya?? Mamak juga kaya.. Ane-ane kat mapley tu silap hari pakai kete toyota yang ko masih dok pakai proton / perodua tak pon kapcai je..

Negatif~

Lepak lepak lepak.. Pekara negatif mengenai lepak adalah......

Aku tak suka pikir negatif.. Jadi aku malas nak pikir..
Lu orang pikir laa sama-sama..

************

Setiap perkara ada baik dan buruk..

Terpulang kepada individu bagaimana mahu melihat perkara itu..

Yang pasti.. Pasti ada aku kat mapley..

Dan..

Pasti ada hikmah di sebalik kejadian..

Sebalik batu ada batu lagi satu..

Sebalik hujan ada Hari yang cerah bakal menyusul..

Sebalik balik dah tak ada apa-apa kot..