Friday, May 15, 2009

Hidup Umpama Sebuku Roti

Berikut adalah puisi atau pantun lima kerat rekaan tersendiri:-

Hidup Umpama Sebuku ROTI;

Mula diadun dicampur sekali;

Bila sudah masak teramatlah wangi;

Sebelum dijual mesti dibalut rapi;

Sampai ke pengguna asal usul dilupai..

*********

Maksud di sebalik puisi ini:-

Hidup dibandingkan dengan sebuku roti yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek;

Semasa kecil bergaul dan bercampur dengan bersama orang lain macam pergi tadika laa contohnya; Main sama-sama, Belajar sama-sama..

Bila dah besar jadi hensem, cantik, bergaya, hot, cun dan macho.. Padahal time kecik-kecik dulu comot, selekeh, ntah pape, selebet dan tak pakai obat ketiak.. sekarang dah besar macam-macam minyak wangi, minyak atar, cologne, dan seangkatan di guna pakai;

Sebelum melangkah keluar rumah mak bapak membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.. Mereka bertungkus lumus menyara kehidupan kita.. Mereka belikan pakaian terbaik untuk kita.. Semasa kecil semuanya branded seperti kiki lala dan kiko;

Bila dah berlaki atau berbini mak bapak ditinggalkan dan kita hidup berjauhan.. Jasa mak bapak dilupakan begitu sahaja.. Kini kasih sayang hanya dicurahkan pada laki atau bini serta anak-anak sendiri.. Mak bapak yang membesarkan kita.. Mencorak hidup kita.. Memberi yang terbaik.. senang-senang je boleh lupa.. Duit pon nak berkira.. Padahal Mak bapak xpnah berkira dengan kita;

***********

Lu pikir laa sama-sama lagi..