Monday, May 25, 2009

Ice blended avocado~




Bagaimana mahu membuat air yang sedap??

Aku selalu pergi ke kedai makan dan menghadapi kesukaran untuk memilih menu yang sedap.. terutama sekali bab air nih..
Aku dah naik bosan dengan senarai menu air yang disediakan di kedai-kedai makan..
Teh O ais.. Teh O ais limau.. Milo ais.. Jus Tembikai..
Jus Honeydew.. Air Longan.. Sirap bandung.. Sirap limau..
Neslo Ais.. Nescafe ais.. Last-last ais kosong sudah..

***********

Jadi hari ini aku nak berkongsi resepi air sedap..

Bahan-bahan yang diperlukan..




1) Sebijik avocado..
2) Gula secukup rasa..
3) Susu dutchlady penuh krim..
4) Ais beberapa ketul..

Alat yang di perlukan..

1) Blender..
2) Cawan plastik / Cawan Kaca
3) Sudu besi / Sudu plastik / Tangan kanan yang bersih..
4) Bekalan elektrik yang mencukupi

***********

Langkah-langkah penyediaan..

1) Ambil blender dan cuci dengan bersih..
2) Buangkan kulit pada avocado.. Kalau tak nak buang pon tak apa.. Tapi bijik dia kene laa buang sebab kang jam blender mak ko.. ko bukan ada duit nak ganti..
3) Masukkan avocado yang telah dikupas ke dalam blender..
4) Tuangkan secawan penuh susu penuh krim dutchlady.. (Susu apa-apa pon boleh janji susu.. santan tak boleh laa.. kang lari plak rasa dia nanti..)
5) Masukkan gula 3-5 sudu meja penuh..
6) Pasangkan blender sebetulnya..
7) Hidupkan blender..
8) Blendkan campuran sehingga sebati..
9) Keluarkan air dari blender dan tuang ke dalam cawan..
10) Dah siap ko tunggu apa lagi.. Minum laa..

***********

Resepi ini adalah ciptaan aku sendiri..

Aku tidak menciplak idea ini dari mana-mana buku resepi..

[Hak cipta terpelihara dari insan penciplak]

Selamat mencuba...