Friday, May 15, 2009

Masalah Manusia ~ UMUM di Malaysia

Aku pon naik pelik ar dengan perangai manusia zaman sekarang ni.
Kes dengki mendengki tuh memang biasa dan synonym di kalangan rakyat sekitar negara.
Pantang tengok orang senang sikit, pasti ada saje nak cakap / kutuk / wat andaian tak tentu hala.
Negara dah cantik, membangun dengan kadar di bawah par, tiada masalah kebuluran mahupun peperangan.

Apa masalahnye lagi nih..

*********

Makanan di negara ini juga tidak kurang hebatnya.. Macam-macam yang ada..
Nasi lemak, Rojak Pasembok, Nasi Kandar, Ketupat, Rendang, Kuih-muih, Masak Tempoyak ikan Patin, Asam Pedas, Ikan Bakar, perghhh banyak lagi nih..
Semua enak2 belaka.. Stakat dengar pon dah terliur.. Apatah lagi kalo dah ada depan mata.. Mmg aku tala ar semua.. Tak hairanlah kenapa wujudnya pelbagai penyakit yang menular di bumi tercinta kita nih.. Tukang masak plak semangat nak bagi sedap sampai setiap hidangan semua nak tabur aji-na-moto.. Campur lagi santan lemak dan sebagainya memang lengkap package..

Kencing manis, Darah tinggi, OBESITI, Lemah jantung, Radang Paru-paru, Sakit buah pinggang, Kanser, uish banyak lagi nih..
Potong kaki sudah biasa.. Buang itu.. Buang ini.. Memang setiap hari..
Masalah tak jugak selesai pasal apa?? Manusia dengan nafsu makan mereka..

Hidup untuk makan ke makan untuk hidup sekarang nih persoalannya??

***********

Lagi satu isu yang membuat aku tidak senang duduk di atas kerusi mahupon di atas lantai beralas tikar getah adalah negara kita nih banyak sangat lalang..
Pergi sini jumpe lalang.. Pergi sana jumpe lalang.. Pergi mana-mana pon jumpe lalang..
Masalah yang paling kronik lalang jenis nih kalo kene racun pon tak akan mati.. Kebal.. Dahsyat betul..
Ada orang bagi sesuatu lalang tu pon ikot.. di suruh ke kanan.. KANAN Belok.. Ade orang lain plak bagi lebih dan suruh ke kiri.. KIRI Belok.. dah macam Kawad Kaki pon ada.. Masalah-masalah.. Pendirian tak pernah nak tetap.. Nampak saja benda indah pegangan dilupakan..

Kejadah semua ini..

**********

Satu lagi isu yang bikin aku panas dan membuat negara kita terkenal di seluruh rantau Asia malah di persada antarabangsa sekaligus.. Sikap Pemandu Di Jalan Raya / Lebuh Raya / Jalan Kampung / Jalan Bandar / Semua Jalan.. Negara kita sibuk dikenali dengan rakyatnya yang bersopan santun, berbudi bahasa dan lembut dalam bicara.. Benarkah itu wujud?? Mungkin pada minoriti.. Pasti tidak pada majoriti.. Berbalik pada topik utama tadi.. Sedarkah anda bahawa yang memandu dengan cara berbahaya di jalan raya adalah golongan mereka yang bermuka SKEMA?? Aku punya pengalaman semasa memandu semua yang bawak kereta, van, 4x4, bas, lori, dan kenderaan beroda semua yang muke otai-otai ataupon muke pecah termasuk laa macam divider jalan dan jugak jalan tar, memandu secara berhemah, lemah longlai je konon cool dan macho..
TAPI yang memandu secara melulu, memotong di lane kecemasan, makan jalan sana sini, signal reti pulak nak bagi dan buat jalan serupa Bapak mereka yang punye adalah golongan yang bermuka skema.. Terperanjat?? Korang pergi laa tengok sendiri kalo xpercaya..

Muka-muka orang yang kalo nampak sopan dan baik tuh di atas jalan raya bertalam-talam muka mereka.. Bertukar menjadi raksaksa buli di jalanan.. Sebab apa berlaku sebegini?? Terus terang mereka nih memberontak pasal asyik-asyik kene buli kat pejabat, sekolah, kolej serta universiti menjadikan jalan raya sebagai medan melepas geram mereka.. Haa padan muka yang otai-otai tu kene kitai dengan mat skema.. Tapi mat skema nih pon boleh tahan sengal dia pasal mereka laa kadar kemalangan di negara ini mendadak tinggi..

Lu pikir laa sama-sama..

[Masalah part(i)]