Wednesday, May 20, 2009

Mengapa saya menulis blog dalam bahasa melayu~

Pada mulanya aku pon kurang pasti kenapa aku tulis blog ni dalam bahasa melayu..
Tapi setelah berfikir panjang baru aku mendapati beberapa faktor..

**********

Faktor yang pertama...

Aku tinggal di malaysia.. Di mana bahasa penghantar / lingua franca / mother tounge / bahasa rasmi / lidah mak aku bercakap dalam bahasa melayu..

So logik laa aku menulis dalam bahasa tercinta kan??

*********

Faktor kedua...

Aku ini bangsa melayu..
Jadi elok laa aku promosikan bahasa aku ini ke persada antarabangsa..
Walaupon orang luar pasti tidak memahami apa yang aku tulis mereka boleh juga berkunjung ke blog aku ini.. Tiada paksaan ataupon halangan..

*********

Faktor ketiga...

Aku mahu praktis menulis dalam bahasa melayu...
Sebabnya dulu masa aku sekolah darjah tiga.. Karangan pertama yang aku tulis semua di tanda dengan pangkah merah..
Lepas tuh.. Kat atas tajuk karangan aku itu tertulis besar dengan perkataan TERPESONG!!
Masa itu aku pon tak tahu apa maksud perkataan itu..
Aku ingat synonym perkataan seperti brilliant / Very good / Clever boy (adaptasi perkataan inggeris)
Namun sangkaan aku jauh meleset..
Rupanya terpesong itu maksud dia tak ada kaitan dengan tajuk ataupon lari dari topik perbincangan.. Senang cerita maksud terpesong itu lebih kurang macam BODOH BAHASA MELAYU / BUTA TULIS TAK RETI BUAT KARANGAN dan seumpama.. Alangkah sedihnya hatiku..
^tara-kuca tara-kuca-ca-ca...
Aku ingat sampai sekarang tajuk karangan itu adalah RUMAHKU..
Aku rasa tidak perlu aku menulis semula karangan itu di sini..
Kerana reputasi aku sebagai seorang anak melayu pasti akan terguris kembali..

*********

Faktor keempat...

Aku dulu masa kecik-kecik pernah baca surat khabar melayu dengan nada / intonasi / sebutan omputih... Masa itu memang aku baru menyedari kewujudan bahasa melayu..
Seperti biase itu telah menjadi bahan lawak keluarga aku sehingga kini..
Aku pon tak kisah abang-abang aku nak gelakkan aku..
Yang pasti mereka tak dapat A dalam bahasa melayu masa SPM..
Aku telah menebus kemaluan aku pada nama keluarga!! Bangga ar pasal PMR dapat B je..

Kiranya aku dapat juga berlatih cakap semasa menulis blog ini..

*********

Faktor kelima....

Dulu masa sekolah rendah juga.. Aku ujian pemahaman / tatabahasa [bahasa melayu]..
Masa itu aku tak pernah tahu kewujudan penjodoh bilangan / kata ganda / kata ganda berirama / kata majmuk...
Ada soalan aku tak paham.. Jadi aku pon tembak laa mana yang bunyi sedap..
Soalan itu berbunyi begini..

45) Hobi saya adalah mengumpul ____________?
A)Kuda-kuda
B)Anai-anai
C)Tupai-tupai
D)Kupu-kupu

Jadi aku dengan selambe wawa menjawab B) anai-anai...
Balik rumah aku pon tanya ayah aku..
"Dad what is anai-anai?" dengan penuh musykil...
"Termite that eats our furniture or anything made out of wood.." jawab ayah..
Lepas itu aku pon sengih jela..
Oleh kerana aku masih kecil dan terlampau lurus aku telah menceritakan segalanya pada ayah..
Ternyata dia tidak boleh menyimpan rahsia.. Sekali lagi seluruh keluarga telah membahan aku..
Aku mendapat nama timangan anai-anai selama lebih 3 bulan 14 hari..
Aku pasti mereka akan ingat sampai mati!!

**********

Jadi kesimpulannya di sini...

Cintailah Bahasa Kita!! Bahasa Melayu!!

Belajar juga bahasa orang lain terutama bahasa inggeris..

Pandang ke depan.. Sains dan Matematik wajar diajar dalam bahasa inggeris bagi aku..

Lu pikir laa sama-sama

Posted by [anai-anai]