Tuesday, June 2, 2009

Aku dan exam [pt.1]

Exam!!

Tekanan aku!!

Nasib baik laa soalan KM tadi boleh tahan laa..

Yang aku tekanan tuh keadaan dalam exam hall..

Para pemeriksa ataupon lebey dikenali sebagai invigilator lain macam je..

Gila cautious dorg sem nih.. Semua benda nak check..

Stakat pensel box kene letak bawah meja tuh aku tak kisah lagi..

Tapi ini plak dorg soh letak phone bawah meja susah jugak aku nak terima..

Dah laa dalam fon aku ada surah yasin semua..

Betol tak patot laa dorg nih..

*********

Pada pemikiran aku laa..

Mungkin juga kolej aku telah menawarkan elaun tambahan untuk pemeriksa..

Bagi sesiapa yang dapat menangkap budak meniru dalam exam..

Mereka akan mendapat elaun sebanyak RM3.50 satu kepala..

Haa.. ini dah cukop untuk makan Naan Cheese kat Ali Bistro nih..

Patot laa semua macam semangat je..

Ade sorg pemeriksa ni boleh bantai dok sebelah aku..

Aku ada muka pakar tiru ke??

Aku pon rilek jela tadi buat macam dia tak ada..

Lama-lama dia pon naik bosan dok situ..

Baru laa dibajet dapat Naan Cheese satu..

***********

Satu lagi keadaan terbaru..

Student dilarang keluar ke tandas pada jam yang pertama..

Kalo nak keluar jugak boley keluar terus katanya..

Lepas tuh setiap lawatan ke tandas hanya dibenarkan 5minit sahaja..

Aku kalo pergi tandas memang lebey 5minit..

Dorg kata lebey je 5min dah kira langgar peraturan kolej..

Dah kalo aku nak melabur masa saham tengah naik macam mane??

Mungkin terpaksa timing masa guna jam randik..

Cukop 5min datang balik dewan exam..

Lepas tuh mintak keluar lagi sekali pasal ada lagi urusan tak selesai..

Tak kreatif langsung dorg nih..

Mungkin masa sesi brainstorming tak ramai yang datang..

Tak pon ada yang saja nak kenekan student..

***********

Dah laa..

Aku ada lagi paper esok jam 8:45 AM..

Sempat lagi menulis..

Study pon tak masuk dah nih..

Baik aku cuba untuk tidur awal sket..

"Mak.. tolong kejut awal pagi esok"!!.......

[Selamat malam Malaysia]