Saturday, June 6, 2009

Aku dan exam [pt.3]





Exam terakhir aku aritu..

Agak kurang memberansangkan..

Boleh laa plak last-last minit..

Di saat hati mahu lepas dari segala beban..

Datang plak beban tak ingat..

Kpale otak sudah set mahu enjoy..

Tangan plak tidak bergerak untuk menulis..

************

Kebanyakan soalan MCQ aku main tembak je..

Taktik member aku untuk memilih jwpan paling panjang telah aku praktikkan.

Sudah lame tidak menjawab soalan MCQ sampai 60 soalan..

Kali terakhir aku ingat zaman SPM dlu laa..

Aku ingat dah masuk alam bachelor nih dah tak ada soalan MCQ lagi..

Jangkaan aku jauh meleset seperti ekonomi dunia tatkala ini..

Jenuh juga aku mahu menghitamkan jawapan..

Tambahan pula aku tidak pasti jawapan itu betul atau salah..

Jadi aku tidak hitamkan dengan pekat..

Aku sekadar membiarkan kesan pensel di ruangan jawapan..

Lecturer aku pasti tampak kelainan pada kertas jawapan aku..

***********

Di dalam dewan exam kali ini..

Keadaan kelam kabut..

Aku hangin betul kene tunggu lama kat luar..

Di sebabkan kelewatan para pemeriksa..

Mereka punya syok borak kat cafe sampai lupe kene jage exam..

Aku yang jadi mangsa kepanasan kat luar..

Mahu susun kertas exam pon terhegeh..

Itu mungkin menjadi punca mengapa aku lupa point dalam jawapan aku..

***********

Kali nih orang yang pertama siap adalah mat salleh..

Salleh tuh untung laa..

Pasal die jawab dalam bahasa dia..

Aku tak heran laa kenapa dia boleh siap cepat..

Sebab dia boroi dan orang boroi cepat lapar..

Nak cepat keluar pasal nak isi perot kot..

Aku pula last 15min baru laa terhegeh nak siap..

Haa.. Aku dah ingat..

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada prestasi menjawab aku..

Mula-mula aircond macam tak berfungsi..

Panas gampang.. Dah laa aku pakai hoodie..

Aku kasi cabut itu hoodie taruk tepi..

Sejurus kemudian keadaan bertukar sejuk pula..

Aku kasi pakai balik itu hoodie..

Dan bertambah sejuk pula lagi..

Kaki aku dah naik kaku tangan plak dah menggeletar parkinson..

Otak juga yang sudah tepu jadi beku lalu idea pon lambat mengalir..

Suasana sejuk menyelubungi seluruh dewan exam..

Member aku yang pakar goreng sudah lama beredar dari situ..

Aku lihat tidak ramai yang tinggal..

Aku jadi buntu.. Aku keliru..

Apakah mahu duduk di dalam dewan mencari jawapan dalam kpale otak..

Atau lebih baik aku bertawakal terus lalu meninggalkan dewan sepantas 1 2 3..

**************

Dah setel exam aku akhirnya..

Tapi macam tak puas lagi exam..

Aku pon pelik kenapa..

Alih-alih aku pergi alamanda bersama rakan taulan..

Aku masuk pizza hut pasal ada sorg rakan baik hati mahu belanje..

Aku makan pizza itu dengan lahapnya..

Langsung aku terlupa tentang exam sebentar tadi..

Pizza sememangnya membantu dalam hidup aku..

Bila aku lapar aku carik pizza..

Bila aku mahu makan aku carik pizza..

Bila aku mahu makan naan cheese baik aku beli pizza..

*************

Setelah kenyang perut suka hati aku..

Aku tahu apa akan aku lakukan selepas itu..

Pastinya mahu melihat bulan dan bintang..

Dan tidak lupa pula pada sang mentari yang menyinari pagi..

Sudah keluar matahari aku terdengar sesuatu memanggil..

Si katil pon teros aku temani sehingga ke tengah hari..

Dan routine ini akan aku ulangi..

[menulis di subuh hari]