Wednesday, June 17, 2009

Aku dan kanak-kanak~



Kanak-kanak ataupon lebih dikenali dengan gelaran "oi budak kecik" kadang kala best juga.. Mereka comel, tidak pandai menipu, muke tidak bersalah serta sentiasa girang. Mungkin anda pernah dengar term chick magnet.. Haa.. Itu bukan aku.. Aku punye magnet lagi power.. Aku dikurniakan skill dan kepakaran untuk menarik minat kanak-kanak di serantau pelusuk dunia. Baby magnet mungkin suatu term baru bagi anda semua. Tapi bagi aku ia sudah sebati dalam diri..

Aku pon tidak berapa pasti mengapa kanak-kanak suka atau tertarik pada aku. Kemana sahaja aku pergi pasti mereka akan mendampingi aku dan ini bukan atas permintaan aku. Aku layan kan saje laa. Tengok muka dorg kesian jugak kadang. Kalau aku ada gula-gula dalam poket time tu mesti aku kasik je kat kanak-kanak bertuah itu. Tapi selalu poket aku ada syiling dan aku tidak akan memberi syiling aku itu pada kanak-kanak. Mesti orang ingat kedekut gile mamat neh. Takat seposen pon nak berkira cet podah!! Bukan kerana aku kedekut. Tapi aku melihat kepada aspek keseluruhan. Kalau aku beri duit syiling pada anak ntah sape-sape lepas tu budak sengal tu pegi telan syiling tu memang tak pasal-pasal aku kene tibai dengan mak bapak dia. Silap-silap dorg report dekat pengawal keselamatan berhampiran dan aku kena black list dengan gedung membeli belah itu. Tercalar laa nama aku sebagai seorang baby magnet~

Aku sekarang ada seorang anak buah. Buah-buah yang lain tuh banyak juga laa. Tapi yang pasti anak buah baru seorang sahaja. Alysha name die. Die comel, sweet, suara kuat nak mampos, kuat minom susu, rajin mengemas serta suka lap lantai dan makan semua benda. Dia baru berusia setaun lebey dah dekat nak masuk dua tahun. Alysha ni rapat dengan ibu bapa die terutama mak dia. Kalo orang lain nak pegang die memang die tak kan nak punya laa.. Komprem.. Tapi kalo die datang rumah nenek die dan aku ada masa tu mesti die cari aku punye.. "Ajad.. Ajad.. Aajad" jerit die dengan lantang. Satu lagi yang best pada alysha neh adalah die tidak senang melihat orang tidur.. Kalo ada je orang tidur depan dia, akan dia jerit nama orang itu dan tidak berhenti selagi orang itu bangun. Kes terbaru adalah di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang baru-baru ini.. Atok die tengah sedap tidur ternganga siap tetibe die jerit.. "Atuuuuk... Atooookk.. Atooooookkkk!!" sampai laa atok die terbangun dan menyahut panggilan die.. Macam-macam.. Tuh kalo aku yang jerit nama bapak aku time die tengah tidur dan hampir pasti aku kene pelangkung.. ZZZaaaaaaaassss~

Pabila kanak-kanak meningkat dewasa aku mulai tidak suka pada mereka. Zaman ini laa mereka belajar menipu, biadap, kasar dan banyak lagi perangai macam palat. Mula zaman mereka 4 tahun ke atas aku dah malas nak layan kanak-kanak lagi. Keje nak pau je. Ajak pegi kedai pastuh mintak macam-macam. "Ko ingat muke ko comel ar" kate aku dengan nada tidak berapa ada duit di dalam poket. Pastuh siap laa mengamuk dorg start dah laa burok kalo budak-budak 4 tahun ke atas neh nangis. Malu aku dibuatnya. Lantas, aku pon sambar jela apa coklat paling dekat dengan kaunter pastuh bayar laju-laju pastuh keluar dan balik laju-laju.. Kopak duet aku!!

Bila kanak-kanak dah mula sekolah dan belajar erti kehidupan serta nilai-nilai murni.
Aku pon ajar mereka erti kehidupan dari sudut berbeza. Pandanglah dunia dengan pelbagai sudut.. 30' 45' 60' 90' 180' 360'. Masa sekolah rendah ko jadi ulat buku.. Naik sekolah menengah ko jangan skema sangat nanti kene belasah aku tak tau.. Exam ko kasik score cun sket baru lawa sijil spm ko nanti. Kalo tak dapat score pon tidak mengapa ko pg laa keje tros meniaga jambu tepi jalan ke. Kalo cun ko sambung laa blaja.. Start dari situ ko pandai-pandai laa sendiri ye.. Tak kan semua aku nak ajar. Ko bukan bayar aku pon.

[Aku yang masih cuti dan malas]