Wednesday, June 3, 2009

Hari ini dalam sejarah~



Hari nih 3 Jun 2009..

Semalam..

Aku telah melakukan sesuatu diluar jangkaan ramai..

Aku pon tidak pasti bagaimana ianya terjadi..

Yang aku tau sekarang nih pon aku masih mamai lagi..

Masih memikirkan betul ke apa yang aku dah buat nih..

************

Setelah meminum segelas air dan membasuh muka..

Aku sudah segar sedikit..

Al-kisahnya semalam..

Aku pulang dari kolej pada petang hari dalam kol bapa aku tak ingat..

Sejurus tiba di rumah aku dapati tiada orang di rumah..

Aku pon apa lagi.. Cantek sangat laa nih.. Line clear laa gila..

Aku pon pergi dapur.. dan macam biasa.. Makanan tidak ada..

Nasib aku baik kerana ada sisa KoKo Krunch yang aku simpan 2-3 hari lepas..

Aku pon tuang dalam mangkuk lepas tuh tuang susu cap wanita belanda color biru tuh..

Lepas tuh #&!#!#&!($*!...

Makan laa apa lagi..

*************

Belom sampai part yang aku nak cite nih sebenarnya..

Sabar laa..

Sesudah makan.. Aku dok depan PC..

Sekali bunyik pintu.. 'Kreeeeeeek'..

Alamak potong gila laa..

Mak aku ada dalam bilik dia rupenya..

Terus aku punya line kene potong jadi tak clear..

Nak marah pon tak boleh..

Aku yang menumpang rumah orang tua..

Jadi aku diam dan terus membisu seorang diri di atas..

************

Secara tetibe sesuatu perasaan yang jarang aku dapati timbul dalam diri..

Sudah lame perasaan ini tidak muncul dalam hidupku..

Ya!! Bagi yang dapat meneka memang korg power macam gaban / suria perkasa hitam..

Aku mendapati rasa mengantuk dikala siang hari..

Best gila.. Dengan selambe uya yaya aku tutop Pc..

Masuk bilik kasik bukak air-cond 16..

Kasik silent fon buatan malaysia aku tuh..

Tarik comforter aku yang memang laa best gila..

Tutop mata.. Dan.. Terus melayang..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@...

Tidur!!

**************

Sekali tepat jam 12 tgh aku tidur tuh ntah macam mane aku sedar..

Lepas tuh tak boley nak tidur balik pulak..

Aku pon bangun laa apa lagi, buat apa bazir masa atas katil..

Sekali dah bangun sampai ke siang aku tak boleh tidur..

Bila dah pagi aku bukak tingkap nampak matahari..

Rinduku pada sang matahari sudah kian lama tidak bersua..

Buat pertama kali dalam bulan ini dan termasuk 2-3 bulan sebelomnya..

Aku telah bersarapan bersama family di kedai belakang rumah..

Syok jugak bangun pagi nih..

**********

Oleh yang demikian tadi sarapan aku tibai DUA roti BOOM..

Aku pulang ke rumah dengan perasaan perut kenyang sekali..

Pantun skali..

Gendang gendut tali kecapi;
Kenyang perutku senang hati....

Sekali naik tangga pon dah tak larat..

Sampai je dekat bilik.. PPPPPPPooooooooooMMMMMMMMM..

Landing time sekali lagi.. ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

************

Aku bangun-bangun terus menulis..

Synopsis cerita bagi yang malas nak baca cerita yang panjang dah macam cerpen ini:

Aku telah melakukan sesuatu yang diluar ketetapan hidop aku..

Aku telah tidur di kala petang hari sehingga memasuki malam hari..

Kemudian aku tidak boleh tidur sampai pagi..

Lepas tuh dah pagi lepas sarapan aku tidur sampai tengah hari..

Tertinggal pulak.. Masa aku tak boleh tidur sampai ke pagi tuh..

Aku dapat melihat matahari!!

[Jam sudah 1.22PM dan makan tengah hari~]