Friday, June 26, 2009

Itu Jam Ass-Tray~



Hentikan tabiat "sap kok dlu" dan tukar kepada "sap kok nanti"...

Berikut merupakan fakta-fakta menarik yang ingin aku kongsi bersama kalian...

Selepas anda berhenti menghisap rokok terakhir anda:-

20 Minit kemudian
Tekanan darah anda dan kadar denyutan nadi akan kembali kepada paras normal...

Jadi para perokok dianggap spesel kerana rata-rata mereka mempunyai nadi yang abnormal*

8 Jam kemudian
Kadar oksigen dalam badan kembali kepada normal...

Perokok gune oksigen lebey.. Jadi tanam laa pokok banyak-banyak kat rumah anda..

1 Hari kemudian
Karbon monoksida dinyahkan dari badan anda. Paru-paru mulai bebas dari mukus dan lain-lain debris yang berpunca daripada merokok...

Kalo dok lepak kat belakang kereta sambil enjin hidop tanpa isap rokok pon dapat juga karbon monoksida dalam badan.. Jadi kalo enjin hidop pastikan anda lepak kat bahagian tepi kiri dan kanan atau depan kereta sahaja.. Kalo lepak dalam rumah nanti kereta kene curik plak.. Kalo lepak dalam kereta baik ko jalan jela tross lepak ape lagi sengal..

2 Hari kemudian
Kebolehan anda merasa serta membau sesuatu berlipat kali ganda...

Time neh baru anda sedar kalo tak mandi seharian tuh macam mane bau bacinnye diri anda itu, padan laa anda tidak ada seekor lalat hinggap..

3 Hari kemudian
Pernafasan menjadi lebih mudah. Tiub-tiub pada bronkiol anda mulai relaks dan kadar tenaga bertambah...

Masa neh paling sesuai anda ajak kawan-kawan anda pergi swimming lepas tuh lawan sape tahan nafas paling lame dalam air.. Kompem anda menang punye.. Kalo tak menang jugak tuh maksud die anda kurang mengaji dan kalo rajin mengaji pon anda tidak pernah hit 6 harkat laa tuh..

2-12 Minggu kemudian
Aliran dalam badan mulai bertambah baik secara mendadak...

Haa.. Maksud die kat sini anda senang lawas.. Makan sket je nak terber.. Leceh jugak tuh.. Mau pedih jubo dibuatnya..

3-9 Bulan kemudian
Masalah batuk, bunyi sewaktu bernafas serta pernafasan bertambah baik.
Fungsi paru-paru meningkat sebanyak 10%...

Kalo ada pergi klinik.. Peluang anda untuk mendapat obat batuk secara percuma pon akan berkurang sebanyak 10%.. Terpakse laa beli sendiri kat kedai kalo nak sangat..

1 Tahun kemudian
Risiko mengalami serangan jantung berkurang sebanyak 50% berbanding seorang perokok..

Takat kurang 50% je.. Kalo kompem 100% tak akan diserang jantung anda itu baru laa suatu yang menarik..

10 Tahun kemudian
Risiko menghidap kanser paru-paru berkurang sebanyak 50% berbanding seorang perokok..

Kanser lain-lain pula anda masih berpeluang 100% untuk menghidapinya..

15 Tahun kemudian
Risiko mengalami serangan jantung berkurang mendadak kepada lebih kurang seorang yang tidak pernah menghisap rokok...

Yang ini kira ok laa jugak.. Tapi mamat 2nd hand smoker yang takde duit nak beli rokok dan suka duduk rapat dengan perokok untuk mendapatkan aroma rokok itu yang pasti akan lebih merana..

*************

"Ia belom terlambat untuk berhenti"... kata orang itu...

"Anda punya hati, anda punya suka, orang suruh berhenti, tak payah laa tarik muka"...
kata aku dengan selambe...

Tarik kuar sebatang lagi tengok~

Keputusan ini terletak pada individu..

Aku dah jalankan tugas supaya mengingatkan semua..

Sendiri mau ingat laa dey..

Ramai je orang tak isap rokok dapat penyakit jugak..

Kanser itu kanser ini..

Mati kutu mati pucuk..

Kalo nak mati tuh mati jugak..

Ko nak isap itu ko punye pasal laa..

Yang penting....

...........................

...........................

Banyak sangat mende penting pon pening..

Malas aku nak list down kat sini..

JAdi pikir jela rasional..

Demi sebuah kehidupan yang lebih selesa..

Serta masa depan yang tidak pernah dijamin oleh sesiapa..

Dan juga sejarah yang sudah tercipta..

[aku yang sudah bosan]