Wednesday, June 10, 2009

#Kes 1 - Mimpi di siang hari~



Kebelakangan ini aku sering dilanda atau didatangi oleh mimpi-mimpi pelik yang lagi mengelirukan serta membuat aku berasa bertambah bingung dengan keadaan aku yang sudah sememangnya sedikit bingung..

Berikutan dengan waktu tidur aku yang tidak menentu..

Sejak kebelakangan satu bulan lebih ini aku tidur pada waktu siang..

Malam saja aku akan berjaga dan mengisi masa dengan perkara berfaedah..

Seperti menulis blog, menonton movie, makan, dan makan lagi..

Salah satu daripada hobi terbaru aku adalah..

Bermain poker bersama rakan-rakan termasuklah:-

1) Hariz Da Wonderboy
2) Kamal Adam
3) Sunan Usmani
4) Ijart Xanavi
5) Akak aku Maja
6) Dan rakan-rakan lain yang aku tak sebut nama tuh sila add sendiri kat comment..

Aktiviti ini ternyata amat berfaedah sekali bagi aku..

Kerana ia dapat memupuk semangat setia kawan..

Dapat mengasah bakat menurut firasat serta mengelak dari ditipu..

Dan juga dapat bertemu dengan ramai kenalan baru yang tak berapa pandai nak main..

Dan gelakkan mereka yang tak reti main itu..

************

Berbalik pada mimpi siang hari tadi..

#Kes Pertama

Baru sahaja sebentar tadi aku bangun dari tidur..

Semasa aku sedang tidur itu..

Tetibe aku terasa seperti panas yang teramat sekali..

Aku pon menjadi pelik..

Berpeluh-peluh aku dibuatnya..

Akhirnya........

Aku sedar yang aku masih berasa di Malaysia..

Dan terlupa nak bukak Ek-konn..

Cerita sebenar*****

Aku mimpi mengambil gambar model di tengah-tengah kawasan lapang..

Kamera apa yang aku guna tidak pasti..

Kerana dalam mimpi itu hanya hitam putih..

Dan terasa seperti di zaman P.Ramlee..

Jadi aku rasa mungkin kamera yang kene tutup kepale dengan kain hitam tuh kot..

Tak ingat dah aku..

Model itu dah tentu laa perempuan dan aku tidak kenal akan dia..

Yang aku ingat gaya aku dah macam pro dalam mimpi itu..

Sedang aku cergas mengambil gambar..

Tiba-tiba..

Sebuah kapal terbang lalu tepat di belakang kepala model tuh..

Model yang sedaya upaya buat pose comel tidak hairan akan kapal terbang itu..

Aku tergamam lalu mengangkat tangan ke udara lantas aku sebut.....

"Eh, Air-O-Pling"........



Dan serentak dengan itu..

Phone aku berbunyik seperti ada orang yang call..

$#&*%#$%#*#%*#(@

Rupanya abang aku daa..

Dan secara kebetulan tahu abang aku tanya pasal apa??

Bukan pasal Air-O-Pling itu tadi..

"Zad, macam mana jalan nak pergi LCCT eh" tanya abang aku itu..

Aku pon sambil menggaru kepala berkata:-

"Buat apa nak pergi sana jalan? Naik laa kereta, jauh tuh"..

********

Morale of the cerita ini adalah..

Aku dikurniakan kehebatan deria ke-enam kalo tidur di siang hari..

Jadi aku lagi suka tidur siang..

[Nantikan #Kes 2 Mimpi di siang hari]