Monday, June 8, 2009

Makan di Purajaya [pt.1]




Makanan sememangnya diperlukan..

Tapi apa lagi yang perlu adalah makanan yang lazat enak serta sedap..

Siapa nak makan kalo tak sedap..

**********

Putrajaya merupakan salah satu wilayah di dalam malaysia..

Reka bentuk bangunan yang pelbagai di sini menarik juga..

Bagi yang tidak pernah sampai..

Sampai-sampaikan laa diri anda..

Aku boleh menjadi tour guide profesional secara tidak percuma..

Cuma isi minyak kereta aku full tank serta belanja aku makan cukop..

**********

Tempat makan di Putrajaya termasuklah:

1. Kedai mamak > Mapley

a) mamak kembar presint 9

Kedua-dua kedai ini saling berebut customer.. Dengan tidak semena budak-budak sekolah pon dorg sebat panggil abang jugak.. Persaingan perfect competition wujud sejak zaman mahathir lagi..

Yang kedai color oren tuh roti canai die sedap sket tapi sedikit mahal..Kedai die juga tampak sedikit ekslusif padahal tiada beza cuma yang beza harge..

Yang kedai kerusi biru tuh pulak teh-o dia bancuh terbaek berbanding kedai sebelah yang agak pekat nak mampos.. Sedikit murah serta mamak die hensem sket banding sebelah..

b) mamak presint 8

Kedai ini menawarkan mee goreng yang sedap kalo nak banding mamak lain.. Lokasinya yang terletak bersebelahan Dominos membuatkan biz mereka agak merudum sejak akhir-akhir ini..

c) Mamak Ali Bistro presint 14

Terletak berdekatan dengan jalan keluar ke bangi.. Restoran ini mempunyai barisan roti naan yang jauh lebih enak dari mamak yang lain di Putrajaya.. Naan cheese die yang paling sedap.. Di restoran ini juga ada screen besar kalo nak tengok bola serta satu-satunya kedai yang menawarkan shisha bagi yang tiada tong shisha di rumah dan juga mereka yg tidak pandai membuat shisha walaupon ada tong kt rumah..

2) Food court

a) Food court Presint 9

Terdapat berbagai makanan enak seperti nasi ayam dara, nasi beriani gam johor, mee bandung muar, otak-otak, western food yang servicenya pantas, unan roti john, roti canai brader hospital serta lain-lain lagi..
Variety air di sini juga boleh di anggap ok.. Ais blended pon sedap tapi macam tak habis kalo minum sorg.. Jadi boleh berkongsi bagi yang nak jimat duit..

b) Food court Presint 8

Di sini agak feymes untuk makan tengah hari kerana nasi campur serta nasi lemak sambal manis terdapat di sini.. Pada sebelah malam pula kawasan ini agak suram dan kurang pengunjung.. Western food di sini agak lembab.. Keadaan suram sesuai bagi mereka yang inginkan sedikit privasi dan lampu yang malap membuatkan suasana agak romantis di situ..

c) Food court Presint 16

Hanya terdapat 4-5 kedai di sini.. Kawasan yang kecil.. Makanan yang tidak banyak variety namun bagi mereka yang mahu makan roti boom yang enak, aku sarankan pergi sini.. Terletak di belakang pasar presint 16 dan bersebelahan dewan presint 16.. Senang cerita dekat belakang petronas tu laa...

d) Food court Rasa Alamanda

Food court ini menawarkan makanan seperti nasi campur, yee mee hotplate, mee kari, mee sup, popia crispy, lemang ketupat rendang, waffle stop, serta lain-lain lagi..
Oleh kerana food court ini berhawa dingin maka harge makanan juga terpakse di up kan sedikit bagi menampung bill elektrik..

**********

Terdapat banyak lagi tempat makan di Putrajaya ini..

Nantikan dalam entry seterusnya..

[aku dah lapar]