Saturday, June 13, 2009

Pak Mat Tempe, Mat Ciku dan Mr. Don

Dalam kisah yang bakal aku ceritakan ini..

1.Pak Mat Tempe merupakan seorang yang sudah lanjut usia..

2.Mat Ciku pula seorang anak muda, anak gampang kepada Pak Mat..
*byk plak cite anak gampang dalam blog aku neh..

3.Mr. Don pula adalah seekor keldai milik Pak Mat Tempe..

**********

Tersebut laa kisah..

Di suatu kampung yang diberi nama Kg. Titi..

Tinggal Pak Mat Tempe, anaknya Mat Ciku dan keldainya Mr. Don..

**********

Pada suatu hari..

Pak Mat Tempe teringin pergi ke bandar..

Lalu die pon mengajak anak dan keldainya untuk turut serta..

Dalam perjalanan ke bandar..

Pak Mat Tempe dan Mat Ciku berjalan seiringan dengan Mr. Don..

Mereka tersempak dengan seorang petani..

Lalu petani itu berkata... "BODOH! ape guna keldai tu kalo ko tak tunggang dia?"

Dengan pantas Pak Mat Tempe mengangkat anaknya ke atas Mr. Don..

Lalu mereka pon meneruskan perjalanan..

*********

Selepas itu mereka tersempak pula dengan sekumpulan lelaki kampung..

Salah seorang daripada lelaki itu berkate "tengok laa anak muda pemalas itu, dia biarkan bapak dia yang dah tua ganyut berjalan kaki sambil dia senang-lenang menunggang keldai."

Lantas Pak Mat Tempe pon menyuruh Mat Ciku turun dari keldai..

Dan Pak Mat Tempe pula menunggang Mr. Don...

Lalu mereka pon meneruskan perjalanan..

Kemudian mereka tersempak pula dengan sekumpulan gadis desa..

Salah seorang daripada gadis desa itu berkata....

"Tak malu punya bapak! Selambe dia biar anak kecik dia yang bermuka seperti buah ciku layu itu berjalan sendirian."

Pak Mat Tempe pening lalu tidak keruan apakah langkah seterusnya..

Akhirnya dua-dua pon tunggang Mr.Don..

***********

Setibanya di bandar..

Semua orang di bandar itu mengumpat serta menuding jari ke arah mereka berdua..

Salah seorang berkata....

"Woi!! Tak malu betul korg nih, keldai tu dah lebih muatan!! Tak sedar diri, dah laa dua-dua perut buncit macam tong sampah!!"

Mereka berdua lantas turun dari belakang Mr. Don..

Lalu mereka memikirkan apa yang patut dilakukan..

Setelah berfikir, berfikir, dan berfikir...

Dan juga selepas sesi brainstorming antara anak dan bapak..

Mereka mendapat akal!!

Sebatang kayu diambil dan diikatkan kaki Mr. Don ke situ..

Mereka memikul Mr. Don menggunakan batang kayu itu tadi..

Lalu mereka pon berjalan pulang sambil di tertawakan sepanjang perjalanan..

********

Tiba-tiba, sebaik sahaja mereka lalu di atas sebuah jambatan..

Sebelah kaki Mr. Don telah lepas dari ikatan pada batang kayu itu..

Mr. Don menendang kuat menyebabkan Mat Ciku terlepas kayu yang dipikulnya itu..

Dalam pergelutan itu secara tidak sengaja Mr. Don telah terjatuh ke dalam sungai..

Oleh kerana sebelah lagi kaki Mr. Don masih terikat..

Akhirnya Mr. Don pon mati kelemasan..

********

Morale of the cerita hari ini:

1. Mr. Don seekor keldai bukan mati sebab tak pandai berenang..

2. Mr. Don mati kerana kaki terikat lalu dimakan buaya..

3. Ajar laa keldai anda berenang..

4. Sendiri pon kene pandai berenang..

5. Sungai itu bahaya kerana banyak buaya..

6. Darat jugak bahaya kerana jugak terdapat buaya..

7. Di mana-mana pon jugak bahaya kerana wujudnya sikap sengal dalam manusia..

8. Selalu kalo bapak dah sengal alamat anak pon turut mewarisi kesengalan..

9. Cerita ini rekaan semata tiada kena mengena dengan yang hidop atau sudah mati..

10. Jangan membuat anak gampang kerana mereka selalunya bengap..

"Kalo anda cuba memuaskan hati semua orang, anda tidak akan memuaskan hati sesiapa"

Dalam ayat yang lebih mudah dipahami:

"Anda tidak akan berjaya memuaskan hati semua orang kat dunia ni"

Belajar laa memahami apa yang orang maksudkan dan bukan apa yang mereka katakan bulat-bulat..

[takziah pada Mr. Don]