Wednesday, June 17, 2009

Pelakon Wanita Veteran Terbaik 2009~



Anugerah ini dengan suka cita aku berikan kepada LORNA RAVER...
**gambar di atas**


Walaupon sekali pandang tengok muke die macam takde bakat nak berlakon tetapi jangan sesekali menilai buku dari muka depan sebaliknya bacalah belakang buku itu ada synopsis..

Lorna neh belakon cite yang kini sedang ditayangkan di pawagam berhampiran anda..

"Drag me to hell"......

Mengisahkan seorang wanita Christine yang bekerja di sebuah bank sebagai pegawai pinjaman ataupon loan officer. Christine sudah beberapa tahun bekerja di bank itu dan bersaing dengan Stu seorang pekerja baru kaki bodek untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Christine telah di datangi oleh Ganush yang meminta tempoh pinjaman dilanjutkan buat kali ketiga tetapi Christine terpaksa menolak permintaan Ganush itu kerana mahu menunjukkan pada boss yang dia mampu membuat keputusan sendiri.

Keputusan Christine itu ternyata memakan dirinya sendiri kerana die telah disumpah oleh Ganush dengan menggunakan butang pada kotnya itu.

Sebuah kisah seram, thrill dan bercampur adengan lawak daripada Ganush yang super kuat. Dahi dah kene stapler pon rilek lagi boleh nak gigit Christine tanpa menyedari gigi palsu dah terkeluar. Effect cerita ini boleh tahan jugak walaupon kadang bunyi yang kuat keluar tanpa diketahui apa motifnya..

Ending jugak agak sedih di situ kerana akhirnya si Christine.... Tengok laa sendiri!


*****GANUSH*****