Thursday, July 9, 2009

Ape yang aku benci tentang wanita~



Aku tak paham kaum wanita..

Aku tiada sebarang ilusi tentang memahami wanita..

Tunjukkan aku seorang lelaki yang kate die paham akan wanita..

Dan aku akan tunjukkan semua wanita yang die kenal, gelak terbahak-bahak belakang die..

Mungkin ade lebey kurang ratusan mende yang aku suke pada wanita..

Namun bile tertekan, aku dapat pikirkan beberapa perkara yang aku benci pada wanita..

**************

Cara mereka bergaduh

Wanita tidak adil dalam pertelingkahan..

Mereka mengumpul sedikit demi sedikit maklumat dan menyimpannya di suatu tempat rahsia..

Hanya dengan tujuan untuk menggunakannya pada saat-saat genting - di tengah-tengah pertelingkahan..

Contoh yang aku boleh bagi di sini adalah..

Seorang kawan aku neh ade kawan pompuan..

Pompuan tuh kate kawan aku neh tak penah tepati janji..

Jadi kawan aku pon betah laa balik mane ade!!

Pastuh pompuan tuh dengan selambe kate "dlu tahun 1999 ko janji nak tolong aku wat assignment, tapi ko tak tolong langsung!!"

Payah betul nak melawan serangan sebegitu rupe!!

***************

Cara wanita mengalihkan salah pada orang lain

Walaupon secara terang-terangan memang salah mereka sendiri dan aku langsung tidak bersalah..

Wanita akan menggunakan ayat ini yang sepatutnye tidak berhasil tapi selalunya mereka kompem berjaya..

Dengan melihat tepat pada mata lelaki, kelipkan mata lepas tuh keluar titis air mata dan terus berkata "Jangan salahkan aku dalam hal ini"..

***************

"Sense of humour"

Setiap wanita yang aku pernah jumpe dan juga setiap majalah wanita yang aku pernah bace dengan tidak semena menyatakan kepentingan "sense of humour" pada kaum lelaki..

Anda pasti pernah melihat questionaire sebegini..

Q. Apakah yang anda rasa quality yang paling penting seseorang lelaki patot ada?

1. Kejujuran
2. Rear end yang mantap
3. Duit yang banyak
4. a "sense of humour"

Dan di dapati 97% menjawab no 4. sense of humour..

Aku tak pecaye betul ar..

Come on laa dey~

Korg kesah sangat ke sama ada brad pitt gelak kat lawak bodo korg wat tuh??

***************

Kucing!!

Kalau ade seorang wanita single yang tidak memiliki kucing..

Aku nak ajak die kawin dengan aku..

Aku tidak tahu langsung pasal kucing..

Ape yang aku tahu adalah kucing milik seorang wanita kompem benci pada lelaki..

Kucing selalu tenung je aku, panjat atas aku, cakar kasut aku dan kasik jahanam baju aku..

Namun si tuan empunya kucing akan berkata "harap awak dan si comel dapat berkawan rapat"..

Die tak tahu yang aku daa hampir-hampir nak jadikan si comel itu seperti sebijik bola berbulu langsung menyepak ia masuk ke dalam mesin basuh!!

*****************

Movie berunsur komedi

Lelaki dan wanita mempunyai definisi "lawak" yang berbeza..

Wanita tidak dapat menghargai filem komedi zaman sekarang sepertimana lelaki..

Filem jenis ini laa yang kaum lelaki suke tengok berulang kali bersama rakan-rakan mereka terutamanya..

Mereka juga gemar mengulangi kate-kate dalam filem tersebut dan lantas gelak macam gampang..

Tetapi filem jenis ini laa yang membuatkan kaum wanita menggelengkan kepale dan berkata "I tak paham laa kenapa korg rase cite neh lawak sangat, macam bodo gile cite neh okaaaayyyyy!!"

Dan sebagai contoh filem komedi jenis ini adalah sebuah klasik iaitu "How to kill your wife"...

****************

Kaum lelaki naif!!

Kaum lelaki cukup bijak untuk tahu bahawa kebanyakan lelaki adalah seorang 'jerk'..

Wanita yang sememangnya jauh lebih bijak dari lelaki dalam apa jua aspek, kecuali 'jerk' detecting..

Aku memang bengang gila laa bile tengok pompuan jatuh pada lelaki yang hanya mahukan satu mende sahaja!! Ko paham laa sendiri..

Aku pernah dengar pompuan neh cakap..

"Oh, personal trainer aku sangat hargai body aku sebagai suatu bahan seni dan die langsung tidak berminat terhadap aku secara sexual"

Dan "Oh, boss aku kawan biase je. Ktorg slalu lunch same dan die hantar bunge kat rumah aku kadang-kadang, tapi die tak penah melakukan ape-ape terhadap aku, aku percaya pada die 100%!!"

Dan "Aku jumpe sorg mamat neh kat bar dan die baik gle okaaayyyy. Die call aku time keje tadi dan die baik gle. Die daa kawin semua tapi ada masalah rumah tangga dan kemungkinan besar die nak cerai daa ngan bini die. Oh best gle mamat tuh!!"

What a load of bullcrap!!

Aku rase takat tuh jela kot..

Takde mende lain tentang wanita yang bother aku sangat..

Aku suke wanita..

Aku suke hampir kesemua mende yang ada pada wanita..

Namun ade suatu habit pelik tentang wanita neh yang sampai sekarang pon aku pelik lg.

Seharian wanita habiskan masa dengan kawan-kawan wanita mereka tapi lepas daa balek rumah dorg abeskan masa berejam-rejam on the phone borak dengan the same person yang dorg keluar tadi tuh..

Ape lagi yang dorg nak cerita setelah seharian lepak bersama???

Aku betul-betul tak paham laaa~



*****************

Kisah ini diadaptasi dari sebuah keratan akhbar..

Tiada kene mengena dengan orang yang masih hidop ataupon sudah mampos!!

[Aku yang tiada masalah besar sangat dengan wanita]