Wednesday, July 29, 2009

Dirgahayu Dr. Mahathir~


Secara kebetulan lepas aku makan tadi lepak depan tv jap...

Aku tgok ade rancangan ape ntah...

Yang aku tau mustapha mohamad tengah kene interview...

Malas aku nak dengar...

Sekali tengok atas meja ade satu buku...

Macam menarik je color biru...

Haa!! inilah die...

Dirgahayu Dr. Mahathir tajuk die...

Dalam buku neh ade puisi hasil karangan A. Samad Said...

*******************

Puisi tersebut berbunyi begini...

Sejak kau kata dirimu tetap akan bersara
rakyat hampir serentak tergamam, sekeluarga,

dengan tekun coba membaca keganjilan abjad,

ingin secematnya menyelam kocakan isyarat--

bermula dari langkahmu semenjak dua dekad,

dari awal diseragamkan waktu yang keramat,

meninggalkan kegoyahan tahta kota Melaka

meluru ke sejarah baru di Putrajaya.

Mulanya kau tukarkan derasnya layaran masa--
seluruh negara tiba-tiba satu degupnya.

Dan serentak pula kau dorongi pandang ke Timur,

kau sedarkan begitu mulanya visi yang makmur,

kau tegur sejarah Eropah berhati penjajah

dan gesa rakyat agar sedia menginsafinya.


Kau seorang pemimpin paling sering mengejutkan

sehingga dalam panas kami mudah kesejukan

dan dalam sejuk tiba-tiba kami kepanasan.

Kau seperti damai menyaksikan kami terkejut,

kau rangsang kami menjadi juara--jangan takut:

Daki gunung, lawat Antartika, rayapi buana,

rentasi samudera dan saingi berniaga--
segala yang puncak--selalunya itu kau pinta.


Kau peringat bangsamu yang sering benar pelupa;

penyedar satu perjuangan yang belum selesai;

juga penghayat tanahairmu yang sungguh damai.

Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih,

di alaf damai mereka menyemai benih ilmu;
di musim permai, mereka membisik kasih syahdu.

Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya

dan mendorong rakyat menjerit "boleh" segalanya!

Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,

lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global.


Kau terlalu gemar mencabar setiap payah,

menyedarkan bangsa, itulah antara caranya

meningkat taraf, mencebus maruah dan, anehnya,

kau memungkinkannya dengan cara yang istimewa.

Dengan resipi bancuhan amat luarbiasa,

ramuan asli dari rempah satu citarasa
dan dengan tangan dan mata yang selalunya cerah,

dapur bangsa menyedia sajian peribadi-

demokrasi lazat dengan zat yang tersendiri.


*Tentunya kau masih berada di dalam kawasan,

merintih dan menyangsi ataupun memerhatikan.
Aku percaya, dalam serba musim dan cuaca,
kau tidak pergi--hatimu tetap tegap di sini.


~A. SAMAD SAID~

************************

Ape yang aku kongsi di sini adalah sekadar intro sahaja...

Bagi menghayati puisi ini dengan selengkapnya...

Ape kate korg pegi beli sendiri buku ini...

Setiap kate penuh bermakna...

Dalam buku neh jugak ade draf-draf awal sebelum puisi siap...

Memang tak rugi korg beli kot...

Memang laa aku takde dapat ape-ape...

Sekadar mahu berkongsi sesuatu yang menarik...

**********************

**sebahagian teks puisi ini telah diambil dari buku bertajuk "Dirgahayu Dr. Mahathir" hasil karangan A. Samad Said dan penerbitnya adalah Wira Bukit Sdn Bhd**