Friday, July 31, 2009

Raya Bersama Nescafe~




Hari ini hari terakhir umat islam berpuasa. Mak dan ayah sudah pulang ke kampung semalam. Kini tinggal aku, dua orang abang aku, akak ipar aku dan anak buah aku sahaja yang belum pulang ke kampung. Along sudah berjanji akan bertolak dari rumah kira-kira jam 5.00pm. Aku menoleh ke arah jam dinding yang menunjukkan waktu sudah pukul 5.30pm. "Biar betul abang aku neh, daa pukul 5.30pm pon masih tak nampak batang hidung" kate aku dalam hati. Kami berhasrat untuk berbuka puasa di rumah atok, tapi kalau macam neh memang tak sempat laa gamaknya..

Baru je nak call along, skali die daa terpacak kat depan pintu rumah. "Cepat laa, ko daa siap belum?" tanya along. Aku pon tidak berkata apa-apa terus mengangkat beg masuk ke dalam kereta. Sejurus itu angah pon balik dari kerja dan tergopah-gapah pasal tak kemas barang lagi. Aku rase macam nak penerajang je sekor-sekor. Dah besar pon lembab lagi ke? Tu laa kecik-kecik dulu minum susu tin padan laa tumbesaran tak lengkap. LEMBAB! Tengok macam aku, minom susu cap ibu dan anak segar dari ladang sampai umur empat tahun laa! SEDAP!! Itu pasal pantas je bergerak...

Berbekalkan CD lagu raya yang aku baru burn sebentar tadi, kami pon bergerak akhirnya pada jam 5.43pm. Lagu pertama yang dimainkan adalah "Balik kampung". Memang kene dengan tema betul laa. Kebetulan hari tuh aku tengah kreatif pulak. Aku pon ubah lirik die menjadi begini:
"Perjalanan memang jauh aku rasa;
Kerna jalan kompem jam punya;
Ingin aku nak berbuka sama;
Makan hatilah aku jawabnya!!
Oooooo balik kampung;
Hati panas!!
Terbayang rupa lepat yang ku idam;
Satu-satu kusumbat ke perut;
Pasti terubat lapar sehari;
Setelah bertahun ku nanti;
Semakin kuat aku nyanyi semakin laju kereta alongku pandu.. 110km/j, 130km/j, 150km/j......

Sekali lebuhraya jam pulak. 7.20pm kami baru sahaja melepasi papantanda 1km ke RnR Ayer Keroh. Parking kat RnR penuh sesak, alih-alih park belakang kereta orang sebelah Petronas. Kami semua masuk kedai mesra, angah pegi beratur terus kat kaunter. Sekali aku tengok ade promosi air tin nescafe beli 2 percuma 1. Aku pon sambar terus 6 tin dengan pau 4bijik. Aku minom nescafe latte pasal aku suke susu lebih. Angah minom nescafe original pasal muke die pon dah macam orang asli aku tengok. Along dengan bini die layan mocha pasal dorg suka warna ungu. Buka puasa tengah jalan laa kisahnya!!

Perjalanan diteruskan. Tibe-tibe aku ternampak roadblock sebatu dihadapan. Along menggelupur macam nampak hantu raya."Apahal long?" tanya angah. "Aku lupa nak tampal roadtax baru!!" kata along. Sayang tinted punye pasal roadtax pon taknak tampal! Along pon campak roadtax baru atas dashboard. "Lesen encik, neh apahal roadtax dah mati?" kate mamat JPJ tuh. "Ada yang baru tak sempat tampal encik!!" kata along. Aku pantas mencapai setin nescafe black roast, pasal muke mamat tuh hitam legam dan menghulurkannya pada die. Dia pon amik tanpa kompromi dan berkata "Jalan, Nasib baik aku baik". "Nasib baik ko haus" kate aku sambil terbahak-bahak...

Setiba di kampung kami pon bersalaman dengan saudara-mara lalu makan lepat lawan serunding ikan. Perghhhh... LAYAN!! Atuk meminta nenek membuat air nescafe. Melihatkan wajah nenek yang letih, aku berkata "Biar saya buat nek, nenek rehat laa". Aku pon pergi ke dapur dan keluar ikot pintu belakang. Ambik setin nescafe dalam kereta dan tuang ke dalam cawan, terus aku bagi kat atuk. Atuk minum seteguk je terus habis. "Astaga!! SEDAP!! Tapi sejuk!!" kata atuk. Aku tersengih tahan gelak... Esoknya Hari Raya disambut meriah sekali..Sekarang nenek dan atuk sudah tiada. Hanya aku yang tahu rahsia nescafe yang sedap tapi sejuk itu!!! :p

Bersambung....

http://www.kickstart.com.my/chilllah/Plex_gallery.htm?id=357&title=Raya+Bersama+Nescafe~

*Click gambar di atas untuk mengetahui selanjutnya kisah ini....