Thursday, August 27, 2009

Jalan Yang Tidak Diambil~



JALAN YANG TIDAK DIAMBIL

Persimpangan jalan dalam hutan menguning,
Dan maaf aku tidak boleh ambil keduanya
Dan jadi seorang perantau, lama aku berdiri
Dan lihat satu jalan sejauh mana yang nampak
Ke mana ia membelok ke dalam semak:

Kemudian ambil jalan yang lain, seadilnya,
Dan mungkin tampak lebih cantik,
Kerna rumput menghijau dan perlu dipijak
Walaupun bila ada yang lalu disitu
Kedua jalan lebih kurang sama dijejaki

Dan pagi itu keduanya sama terbentang
Dalam daun tiada jejak hitam dipijak.
Oh, Aku simpan yang pertama untuk kelak!
Tahu bahawa jalan membawa kepada seterusnya,
Tidak pernah terlintas untuk datang balik.

Aku akan ceritakan kisah ini dengan mengeluh
Di mana bertahun-tahun lamanya;
Dua persimpangan jalan di tengah hutan,
Dan aku ambil jalan yang kurang dilalui,
Dan itu telah membawa perbezaan ketara.


Leo Moja [1987]