Thursday, August 20, 2009

Perhatian kaum wanita!!!



Pujian boleh menukarkan wajah muram kepada muka riang dan ramai wanita suka dipuji-tetapi bagaimana pula kaum lelaki? Bagaimana wanita boleh memberikan lelakinya pujian sekali-sekala? Baca seterusnya untuk tahu lebih lanjut...

Tiada apa dapat menyerikan hari seorang wanita selain dari pujian yang kena pada masanya. Pujian seperti 'wah, cantik laa rambut awak hari neh sudah memadai untuk membuat dia gembira seketika. Semua lelaki waras yang berpacaran mahu pon yang masih tidak berpunya tahu perkara ini-namun mereka biase dalam memberi pujian dan tidak biase menerima pujian. Tiada lelaki yang akan mengaku, yang dia berase bagus tentang dirinya sendiri apabila wanita perasan akan pakaian, rambut, kasut mahupon cologne-tetapi ini bukan alasan mengapa wanita tidak patut memberi pujian kepada lelaki sekali-sekala.

Tidak perlu keterlaluan ("kaulah lelaki paling macho dalam dunia!" itu sudah melampau) jadi berikut adalah beberapa cara untuk memuji lelaki dengan kata-kata manis, tanpa tampak terburu-buru/ terkial-kial / desperate dan sebagainya....

"Hahahahahahaha!"

Body language memainkan peranan penting-lelaki yang mendapati seorang wanita gelak akan semua lawak bodoh yang die buat akan segera dan secara tidak langsung suka akan wanita tersebut. Satu bentuk pujian yang wanita boleh berikan kepada lelaki tanpa dianggap pelik adalah gelak apabila lelaki itu mengatakan sesuatu yang mencuit hati. Ia nampak mudah namun memerlukan latihan yang banyak-memang malu jika anda gelak beriye pada waktu yang salah, jadi sedikit skill diperlukan di sini untuk detect bila dia cuba untuk menjadi kelaka (kata kunci : mencuba) dan bila dia serious. Cara untuk tahu adalah apabila mata dia memandang tepat pada anda dan die melemparkan senyuman separuh ataupon sengih tidak sampai telinga-jadi sila lihat petanda-petanda itu.

"Awak nampak (tambahkan kata sifat: segak, fit, dll)!"

Jangan menggunakan perkataan 'cute'. Lelaki tidak mahu dianggap cute. Tapi mereka mahu tampil fit atau smart atau seperti 'a million bucks'. Sekiranya dia rajin workout pujilah badannya yang fit atau lengannya yang berotot. Gunakan kaedah ini secara berkadar dan hanya bila dia berusaha keras dan anda mahu dia tahu bahawa anda perasan, kalau tak anda akan dianggap obsessed!!

"Heyy, pandai laa awak neh!"

Sama ada ia memasak, menulis, meluikis atau bermain game (yeah, semua orang suka dipuji dalam bidang yang sememangnya mereka hebat) Ia tidak keterlaluan untuk memberitahu bahawa anda mengkagumi bakat serta skill sama seperti rupa, rambut atau badan dia. Jangan ucapkan dengan nada yang semacam, nanti dianggap seolah mahu memerli dia pula. Katakan dengan nada yang bersahaja dan selambe.

"Awak neh hebat....."

Ini menilai kejayaan dia dan bukan sekadar bakat yang ada pada dia. Contohnya: beritahu yang dia pandai memasak, anda bukan sekadar mengatakan dia pandai masak malah anda menghargai dia masak untuk anda (kejayaan itu). Walaubagaimanapun jangan keterlaluan: sekiranya dia tidak pandai memasak ataupon menyanyi, ia akan tampak tidak ikhlas. Lelaki perasan akan perkara yang mereka memang berbakat dan juga perkara yang mereka tidak berbakat. Untuk menggunakan taktik ini sila cari sesuatu yang sememangnya mereka betul betul berbakat dalam bidang tersebut.

"Semalam saya borak dengan mamat/minah dan dia bagitahu saya yang awak neh (tambah komen positif)."


Berkongsi pujian adalah satu cara yang bagus. Menceritakan pujian yang kawan-kawan lain berikan terhadap dia adalah seperti kerja 2 dalam 1: memberitahu perkara baik orang lain anggap tentang dia dan juga bersetuju dengan pendapat mereka itu! Pastikan rakan anda betul-betul berkata sedemikian kalau tak teruskan pada langkah seterusnya....

"Wow."

'Wow' bermakna anda terpegun dengan sesuatu yang dia lakukan. Tidak perlu menjerit kuat-kuat WOW!!, ia berkesan apabila anda mengatakannya dengan nada biasa. Pastikan anda betul-betul ikhlas-tiada apa yang lebih teruk melainkan pujian yang direka atau kosong. 'Wow' kuat bila dia cerita yang dia skor markah tinggi dalam exam, ataupon apabila dia berjaya mengumpulkan duit untuk kereta pertamanya. Ia sungguh bermakna bila anda berasa bangga terhadap apa yang telah dia capai. Hint: anda juga boleh menggunakan cara ini terhadap abang, adik, bapak dan juga rakan-rakan. Cara ini tidak terhad kepada pakwe sahaja. Semua lelaki suka dikagumi dan dipuji atas kejayaan.

Pujian sungguh mendalam dan bukan hanya sekadar membuat lelaki berasa bagus tentang dirinya semata.; ia juga menunjukkan yang anda menghargai serta menyanjung dia. Ada banyak cara untuk membuat lelaki gembira cuma pastikan anda ikhlas dalam process tersebut....

*************************

Adaptasi dari artikel bertajuk "Compli-Men-ts"~

[Aku yang tak reti nak puji orang]