Tuesday, September 8, 2009

Jus tembikai susu (Honeydew)~



Aku hangen bile pg kedai makan yang tak paham bahasa...

Dalam menu ada air honeydew...

Skali member aku order...

Yang sampai air tembikai campur susu...

Bila di tanya "Neh air honeydew ke kak? Neh bukan air tembikai campur susu ke?"

Jawab akak itu, "Betul laa neh honeydew= tembikai campur susu"....

"Pale bapak kamu" macam lecturer aku kata!!!

Nasib baik bukan aku yang order...

Member aku layankan saje...

Tapi kalo aku memang aku curah kat lantai...

Lepas tuh aku chow tak kan datang lagi kedai tuh...

Bayar pon tidak... Itu hak pelanggan...

Pg laa mampos!!!

****************

Jadi hari neh biar aku ajar korg...

Camne gaya nak wat air honeydew paling sedap di dunia...

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Sebiji tembikai susu (honeydew) yang masak ranum...

2. Gula 5 sudu meja...

3. Susu cair 250ml...

4. Air masak / mineral / air tapis 100ml...

5. Ais yang banyak...

Selain itu anda perlu ada blender, sudu meja bukan sudu teh dan cawan plastik...

Cawan plastik aku pilih di sini bagi mengelakkan malapetaka...

Pecah kaca pecah gelas, Sudah pecah malas nak kemas...

Langkah-langkah:

1. Potong buah honeydew dan buangkan biji...

2. Masukkan honeydew yang telah didadukan ke dalam blender...

3. Masukkan 5 sudu meja gula...

4. Tuangkan 250ml susu cair beserta 100ml air ke dalam blender...

5. Masukkan plug blender ke dalam soket dan nyalakan suis...

6. Tekan blender pada kelajuan 2...
*kelajuan pada tahap satu lembab sangat...

7. Setelah dikisar secukup rasa masukkan ais sebanyak mungkin...

8. Tuangkan ke dalam cawan plastik tadi...

9. Minum semasa berbuka puasa nanti...

10. Jangan simpan untuk sahur kerana air ini cepat masam...

****************

Sekian sahaja untuk resepi air kali ini...

Selamat mencuba!!!

[Aku nak tidur]