Saturday, September 5, 2009

Pendidikan seks di sekolah~



Ahmad Shabery berkata, pendidikan seks di kalangan pelajar adalah penting bagi membantu mereka memahami proses pembiakan manusia.

"Mengejutkan apabila ada individu berusia 19 tahun, tetapi langsung tidak tahu apa itu seks dan kesan baik atau buruk aktiviti itu.

"Namun, pendidikan seks ini apabila diwujudkan, perlu dibuat menyeluruh dan maksimum supaya pelajar menerima maklumat lengkap," katanya.

Menurut beliau, pendedahan secara tidak menyeluruh atau terlalu minimum akan mengujakan perasaan ingin tahu yang akhirnya membuatkan pelajar bertindak mencubanya.

*********************


Bagi aku bagus juga kalo subjek ini diwujudkan...

Ini kerana aku sedih apabila mengetahui ada orang 19tahun pon tidak tahu erti seks...

Itu laa dia, zaman skolah ko pegi amik LK tak pon sastera sapa soh...

Tak pon ko tak pegi sekolah lagi laa aku sedih...

Pendedahan mengenai seks ini ternyata berguna...

Bagi aku dulu apa yang kelakar adalah teknik pengunduran...

Orang yang lemah pasti tidak melakukan...

Ada juga teknik mengikat tiub falopio...

Orang macam neh memang tak nak anak...

Betol laa kata Ahmad bahawa bila orang tidak tahu akan perkara itu mereka lebih cenderung mencubanya...

Tapi kalo dah tahu pon ada yang cuba-cuba juga...

Cuba-cuba dengan pendidikan jauh bezanya...

Ini dapat mengelakkan malapetaka besar yang mungkin menimpa...

Bagus juga kalo tahu apa yang patot masuk dan keluar...

Daripada main pakai hentam je...

Teori orang kata berguna...

Kerana suatu hari nanti bila sudah berumahtangga zaman praktikal bermula...

Dan juga lebih enak di dengar apabila orang tanya...

"Mana ko blaja benda-benda macam neh?"...

"Aku blaja dalam kelas, cikgu yang ajar..."

Daripada "Aku bukak satu laman web dan di saat itu hidup aku mula berubah"...

**********************


Kalau di luar negara seperti US...

Alat kontrasepsi atau pencegah kehamilan diberi percuma semasa kelas...

Langkah ini juga bagus bagi mengelakkan anak gampang berleluasa...

Kerna bila sudah gampang masa lahir, anak itu pasti gampang selamanya...

Dan pelbagai komplikasi akan bermula...

Jadi bagi mereka yang malu serta segan mahu membeli di 7e atau farmasi...

Ini merupakan berita baik buat anda...

Lagipon rakyat negara kita pasti suka benda percuma...

Tapi langkah ini sejauh mana...

Kurikulum bersepadu perlu dikaji teliti...

Bagi membentuk garis panduan pengajaran yang sesuai...

Seiring dengan harapan negara untuk menjadi negara maju...

Pendidikan adalah tonggak utama untuk bangun dan terus melangkah ke depan...

********************


Akhir kata:

Fikiran melayang jauh ke sana;

Keindahan alam flora dan fauna;

Pendidikan seks perlu dilaksana;

Bagi mengelak sebarang bencana...

dan juga

Silap teknik kompem sengsara...

dan juga

Salah masuk "sakit laa papa"...

dan juga

"Uhhhh.. Adoi!!" Jerit mama...

dan juga

Kena penampar laa ko gamaknya...

dan juga

Siapa suruh ko tak blaja...

dan juga

Bawah umur mahu masuk penjara...

dan juga

Padan muka ko celaka...

dan juga

Dan mungkin bila nanti... Kita kan...........................

********************

~Karam Singh Molia melaporkan untuk Tv Limaaaaaaaaa~

[Aku yang berfikiran terbuka]