Wednesday, September 2, 2009

Sang arnab dan ramai kawan: bukan kisah benar~



Sang arnab popular dikalangan haiwan lain-semua orang mengaku kawan dia...

Suatu hari, sang arnab terdengar sekumpulan anjing mendekati dan berharap dia dapat melepaskan diri dengan bantuan kawan-kawannya yang ramai itu...

Dia berjumpa kuda dan meminta agar kuda membawanya lari dari anjing di belakang badan kuda itu...

Tetapi kuda menolak, kerana dia sibuk dengan tugasan yang diberi tuannya...

"Aku pasti semua kawan kau yang lain akan membantu kau." kata sang kuda...

Sang arnab kemudian meminta bantuan kerbau, dengan harapan kerbau dapat menakutkan anjing-anjing itu dengan tanduknya yang tajam...

Kerbau menjawab, "Maaf, aku ada temu janji. Akan tetapi, aku pasti kawan kita kambing gurun akan menunaikan permintaan kau."

Walaubagaimanapon kambing gurun takut dia akan dicederakan...

Sang arnab pasti yang kambing biri-biri akan membantu dia...

Jadi sang arnab pergi menemui kambing biri-biri dan menceritakan segalanya kepada dia...

Kambing biri-biri menjawab, "Lain kali sajalah sang arnab, aku tak nak masuk campur, aku dengar cerita yang anjing makan kambing biri-biri dan juga arnab."

Harapan terakhir sang arnab adalah babi :@) yang juga kesal kerana tidak dapat membantu sang arnab...

Babi tidak mahu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri... Babi betul!!!

Pada masa ini, anjing-anjing itu semakin menghampiri dan sang arnab mengambil keputusan untuk melarikan diri...

Nasib baik sang arnab sempat menyelamatkan diri...

*******************

Maksudnya:

Semua orang kebiasaannya akan berlagak seperti kawan anda sehinggalah and memerlukan bantuan...

Semua orang akan berlagak seperti suka akan anda sehingga anda meminta untuk bisnes mereka...

Babi memang tetap babi, diri sendiri pon taknak bertanggungjawab...

Haa neh laa neh babi nama dia... :@)