Monday, September 20, 2010

Otak Lelaki Vs Otak Pompuan ~





Otak lelaki sangat unik..
Otak lelaki  terdiri daripada ‘kotak-kotak’ kecil..
Kami mempunyai kotak untuk segala sesuatu..
Kami ada kotak untuk kereta...
Kami ada kotak untuk duit..
Kami ada kotak untuk kerja..
Kami ada kotak untuk anda..
Kami ada kotak untuk anak-anak..
Kami juga ada kotak untuk mak anda di suatu sudut dalam stor bawah tangga...
Kami ada kotak di mana-mana dan peraturannya adalah semua kotak-kotak itu tidak menyentuh satu sama lain..
Apabila lelaki berbincang mengenai suatu topic, kami  akan pergi kepada kotak itu, keluarkannya, buka kotak itu dan bincang apa yang ada dalam kotak itu sahaja...
Kemudian kami akan menutup semula kotak itu dan menyimpannya dengan sangat berhati-hati supaya tidak menyentuh kotak lain...

Otak pompuan sangat berbeza dari otak lelaki...
Otak pompuan terdiri daripada sebuah bebola wayar besar dan semuanya dalam bola itu mempunyai kaitan...
Duit mempunyai kaitan dengan kereta, kereta mempunyai kaitan dengan kerja dan anak-anak mempunyai kaitan dengan nenek. Semuanya mempunyai kaitan!!
Ia seperti superhighway internet dan semua didorong oleh tenaga yang kita semua kenali sebagai ’emosi’.
Oleh sebab itulah pompuan akan ingat segala-galanya!!
Kerana apabila anda mengambil sebuah event dan anda kaitkan kepada emosi ia akan melekat dalam memori anda dan sampai mampos pon anda akan ingat!!
Lelaki pon ingat jugak sket-sket, tapi tak semua kami ingat kerana terus terang aku cakap lelaki tak kesah!!!
Pompuan semua mende die nak kesah!!!

Kaum lelaki mempunyai kotak dalam otak mereka di mana kebanyakan wanita tidak menyedari kewujudan kotak itu... Kotak yang dimaksudkan ini, kosong dan tiada isi...
Kaum lelaki memanggil kotak ini “kotak kosong”...
Antara semua kotak dalam otak seorang lelaki, “kotak kosong” merupakan kotak kegemaran kami!! 
Jika seorang lelaki mempunyai peluang dia akan pergi ke “kotak kosongnya” setiap kali dan duduk diam ...

Kerana itulah seorang lelaki boleh melakukan sesuatu yang tampaknya benar-benar mati otak selama berjam-rejam... aaaaaaaaa...

Seperti memancing…
Iya!! kami sangat menyukainya…
Duduk bersahaja tiada membuat apa…

Kerana itulah jugak, seorang lelaki boleh duduk di depan televisyen selama berjam-rejam tanpa bergerak…
Ini membuatkan si isteri kacang serta gilak!!
Si isteri akan datang kepada suaminya dan berkata “abang neh takde keje lain ke? Dah laa tuh bang, dahh laa…”
“Kecoh laa awk nehh, ape guna beli TV besar2 kalo tak di tengok??” teriak si suami kepada isterinya sambil menonton kembali…
Ada point jugak tuh bagi aku…
Pompuan pantang tengok lelaki senang…

Sebuah kajian mendapati bahawa kaum lelaki mempunyai kemampuan luarbiasa untuk tidak berfikir tentang apa-apa dan masih hidup serta bernyawa…
Pompuan tidak boleh melakukan sedemekian rupa fikiran mereka tidak pernah berhenti!! Mereka tidak mengerti “kotak kosong” dan membuat mereka gilak EMO…
Sesungguhnya tidak ada mende lain yang akan membuat seorang wanita lebih gila, hangen, bengang, geram, marah rasa nak maki, rasa nak hempuk dan membuat mereka merasa annoyed tahap gaban daripada melihat lelaki tidak melakukan apa-apa ya!! 

Apabila disebut tentang isu “kotak kosong” ini…
Kaum pompuan mula berkata “Owh , begitu rupanya…”
Barulah mereka mula mengerti dan membuka mata…
Lalu mereka pon tertanya “boleh i masuk kotak kosong dengan dia?”
“tidak!! ” kata aku dengan lajunya…
“mengapa pula tidak?” mereka tertanya…
“kerna pabila u masuk kotak kosong dengan dia, kotak itu tidak lagi kosong gamaknya..  kotak tuhh akan jadik berisi dan ape mende ntah u akan buat nanti…” haa. kata aku lagi… 
“kompem u akan berjalan ke sana sini bikin pusing bah…”
Nanti u cakap “Eh, kotak nehh kosong betol laa, kalo gantung gambar i elok jugakk neh” atau “kat situ nanti boleh letak meja kecik satu, pastuh letak pasu bunga color kelabu… haa, barulah cantik kotak abang nehh…” Abah die!!
No!! No!! No!!
“Abang taknak pape dalam kotak nehh, biar kosong sudahh… semak laa awk neh!! dahh awk pegi berambus… keluar.. keluar...”

Laki dan pompuan menangani stres.
Ketika seorang lelaki mengalami stres apa yang mereka ingin lakukan adalah lari ke “kotak kosong” mereka.. ini adalah cara bagaimana kami mencari ketenangan…
Hal terakhir yang ingin kami lakukan di saat dan kekita stres adalah bercerita mengenainya… 
Kami tidak ingin membicarakannya, kami hanya ingin duduk diam, buat bodoh dan tak wat pape..
Ini bikin pompuan gila hangen kau tahu!!
Pompuan tidak senang duduk, nak jugak kaco time2 stress camneh.. elok laki tengah dok dalam kotak kosong buat bodoh, boleh plak sebok ko nak pegi tanya..
“aaaaaa, awk tengah pikir ape tuhh?? ”…
Kompem laki tuhh jawab “xde pikir ape…”
Pastuhh ko tak puas hati nak tanya lagi “tipu lahh, mesti ade pikir pape kan.. kann?? ”
“mane ade pikir pape!! Tadi elok tengah berangan kat atas bulan.. tetibe awk muncul… kaco daun betol laa.. dahh, shuhhh shuhhh berambus…” kata mamat tengah stress itu…
Haa, cmtuhh laa laki handle stress dorg…

Cite pasal pompuan punye stress plak…
Bila pompuan stress, dia mesti nak kene luahkannya jugakk..
Kalo tak dapat nak luah, mau meletop kepale otak pompuan neh!!
Mula laa si pompuan stress bebel.. “asal laa I xpnah terpikir itu ini sana sini depan belakang atas bawah kecik besar itam puteh bulu blaa blaaa blaaaaa…”

Penah suatu ketika…
Bila bini stress dahh stat bebel cmneh, ade mamat sorg neh tak tahan sampai melarikan diri…
“mengapa ko lari dari dia?” tanya aku dengan prihatinnya…
“kerana saya tidak tahu apa yang harus dikatakan padanya..” ujar mamat yang lari dari bini tengah bebel itu tadi…
“tak elok ko wat cmtuh, sape yang soh ko cakap? die bukan nak ko cakap pape, die nak ko dengar je bahanat!!”… kata aku pada mamat otak sempit tuhh…

Seorang lelaki kebiasaannya hanya akan bercerita tentang masalah mereka kepada member laki dorg dengan harapan member itu akan membantu mencari jalan penyelesaian..
Lelaki umumnya merasa perlu membetulkan keadaan ketika kaum pompuan bercerita mengenai stres mereka…
Walhal bukan ini yang dipinta oleh kaum pompuan…
Mereka hanya mahu kaum lelaki pasang telinga dan dok diam dengar saja... Jangan dok sebok nak pasang mende lain sudahh… Takpayah nak bagi nasihat ke hulur bantuan ke ape jadah… Lek dengar je sudeyhh…

Antara dua otak nehh mane lagi hebat???

Itu bukan persoalan die.. Tapi jawapan die aku tau dahh...
Persoalan di sini adalah otak laki cmnehh, otak pompuan cmtuhh...
Dua2 otak lain... Tak sama... Dan sila laa paham antara bangsa dan sesame sendiri...
Harap info ini dapat membantu kalian dalam memperbaiki hubungan...

[Aku yang dah nak tidur tapi xleh]