Tuesday, September 28, 2010

Peraturan untuk wanita


Kami selalu mendengar "Peraturan" dari belah perempuan. Sekarang Peraturan-Peraturan dari belah lelaki pula:-

1. Belajar untuk sedikit rajin di tandas. Kau dah besar. Kalo tempat duduk mangkuk tandas ke atas kau letaklah ke bawah. Kami lelaki perlu ia ke atas, kau perlu ke bawah. Kau tidak pernah mendengar kami merungut tentang bagaimana kau meninggalkan mangkuk tandas.

2. Ulang tahun,Hari  Valentine, dan Hari jadi bukanlah suatu masa untuk melihat apakah kami dapat mencari hadiah yang sempurna sekali lagi!

3. Kadang-kadang kami tidak berfikir tentang anda. Terimalah kenyataan.

4. Ahad = hari sukan. Ini seperti bulan purnama atau perubahan pasang surut. Biarkan saja.

5. Shopping BUKAN suatu jenis sukan. Mungkin bagi kamu, tetapi kami tidak akan pernah berfikir seperti itu.

6. Menangis adalah perbuatan memeras ugut.

7. Minta saja apa yang anda inginkan. Berterus terang saja tentang hal ini: penggunaan hint-hint halus tidak akan berjaya! Katakan saja! “abang, syg susah laa nak tidur malam...” Mana laa laki kau nak tau kau nak bantal baru ke apa.. Ke kau nak benda lain aku pon tak tahu..

8. Kami tidak ingat tarikh-tarikh ataupun mudah lupa. Tandakan ulang tahun dan hari jadi di kalendar. Sering ingatkan kami terlebih dahulu.

9. Kebanyakan lelaki mempunyai tiga pasang kasut – max!!. Apa yang buat anda terfikir yang kami akan pandai memilih sepasang kasut, dari tiga puluh pasang yang kau ada dan mana yang sesuai dengan pakaian anda?

10. Ya dan Tidak adalah jawapan yang boleh diterima untuk hampir setiap soalan.

11. Datang pada kami dengan masalah hanya jika anda ingin kami bantu dalam menyelesaikannya. Itu yang kami lakukan. Mahu simpati? Sila dapatkan teman-teman wanita anda, mereka sentiasa ada untuk anda. ;)

12. Sakit kepala yang berlangsung selama 17 bulan adalah masalah. Sila berjumpa doktor. “bang, syg pening kepala laa... ” paling-paling laki kau boleh usap rambut kau lepas tuh cakap “kesian syg abang neh, meh sini  meh.. ” kalo dapat laki elok sket dia urut kepala.. Kalo dah urut kepala tuh ada laa benda dia nak tuh.. Haa, siap kau.. Lagi pening.. Ambik ubat!!

13. Jika anda rasa anda gemuk, mungkin benar. Jangan tanya kami. Kami enggan menjawab.

14. Jika sesuatu yang kami katakan boleh membawa erti dalam dua perspektif, dan salah satu perspektif itu mampu membuat anda sedih atau marah, kami maksudkan yang satu lagi tu laa..

15. Anda boleh meminta kami untuk melakukan sesuatu atau memberitahu kami bagaimana anda mahu ia dilakukan. Bukan kedua-dua sekali. Jika anda sudah tahu bagaimana cara terbaik untuk melakukannya, lakukan saja sendiri.

16. Kalau boleh, sila katakan apa yang anda mahu katakan semasa iklan.

17. Christopher Columbus tidak perlukan arah, dan begitu juga kami.

18. Hubungan tidak akan pernah menjadi seperti dua bulan pertama anda mula dating dulu. Terima kenyataan. Dan berhenti merungut kepada kawan-kawan anda.

19. Andai terasa gatal, kami akan garu. Semudah itu. Tak payah nak dok sebok cakap “jangan laa garu.. nanti luka.. nanti bla blab la..” kau carik gaduh ke apa??

20. Kami tidak mampu membaca fikiran anda. Kurangnya kemampuan kami dalam membaca fikiran bukan bukti yang kami tidak peduli tentang anda.

21. Jika kami bertanya apa masalah anda atau apa yang tidak kena dan anda mengatakan "tiada bah" atau “takde pape” atau “APA?!” kami akan bertindak seperti tidak ada yang salah. Kami tahu anda berbohong, tetapi buat apa rumitkan keadaan.

22. Jika anda mengajukan soalan yang anda tidak mahu kami jawab, sila nantikan jawapan yang anda tidak mahu dengar.

23. Jangan bertanya kepada kami apa yang kami sedang fikirkan kecuali anda bersedia untuk membincangkan topik-topik seperti cara membuat senapang, atau lori rakasa atau kereta mewah atau apa saja.

24. Anda mempunyai pakaian yang cukup.

25. Anda mempunyai terlalu banyak kasut.

26. Terima kasih kerana membaca ini, Ya, aku tahu, aku harus tidur di sofa malam ini, tetapi adakah anda tahu kami benar-benar tidak kisah tentang itu,  ia seperti berkhemah. ;))