Sunday, September 26, 2010

Tips Untuk Tidur Lebih Cepat~

1 - Sunyi sepi
Anda mungkin sensitif terhadap bunyi di sekitar anda dan di luar bilik tidur. Jika boleh kurangkan atau cuba dengar lagu-lagu yang tenang. Bunyi tumpul itu akan menapis bunyi-bunyi yang tidak diingini dan anda akan lebih cenderung rileks.

2 - Gelap
Ruangan tidur anda juga harus gelap yang mungkin. Cahaya akan mematikan pengeluaran melatonin dan memberitahu tubuh bahawa sudah sampai waktunya untuk bangun. Jika anda tidak dapat mencipta persekitaran yang benar-benar gelap bagi anda untuk tidur dalam, dapatkan ‘mask tidur’ seperti yang digunakan di dalam kapal terbang.

3 - Tilam bagus & ruang tidur besar
Melabur untuk tilam yang bagus, tubuh anda akan berterima kasih untuk itu dan anda akan mengalami tidur yang lebih lena. Jika anda tidur dengan seseorang yang banyak bergerak, dapatkan sebuah tempat tidur yang lebih luas supaya anda tidak akan dikejutkan oleh masalah tidur orang lain.

4 - Baring dan pasang lagu ketenangan
Apabila semua aktiviti siang hari sekarang dilarang di dalam bilik tidur anda, dan bilik itu gelap, sejuk, tenang, dan nyaman, satu-satunya benda yang dapat anda lakukan adalah tidur. Tekan butang play dan biarkan diri anda dibuai oleh track lagu-lagu tenang seperti muzik piano, atlantic blue dan sebagainya. Setelah beberapa saat dan ketika anda tidak akan perlukannya lagi. Tindakan anda hanya berbaring di tempat tidur akan membuat anda tak tertahankan tertidur. Dan ketika anda mencapai keadaan itu, masalah tidur akan menjadi sesuatu dari masa lalu.

5 – Adoptasi posisi kegemaran anda dan rilekskan rahang anda
Setelah anda merasa nyaman, rilekskan rahang anda. Apabila anda dalam keadaan sedar rahang anda selalu agak tegang, bukan? Dan lebih-lebih lagi jika anda stres. Jadi alamilah tahap relaksasi dengan mengawal rahang anda supaya rileks. Biarkan mulut sedikit terbuka.

6 - Lepaskan
Lepaskan berusaha, lepaskan apa yang telah terjadi pada siang hari tadi. Jangan paksakan apa-apapun. Jangan cuba untuk memadamkan fikiran, jangan cuba untuk tidur. Biarkan diri anda hanyut. Fikiran mungkin timbul, tapi itu ok. Ia seperti stim mencari jalan keluar. Jadi biarkan fikiran datang dan biarkan ia pergi. Ia  tidak menjadi masalah. Alihkan fokus daripada fikiran itu, dengar pulsa dari track tidur anda yang semakin lama semakin perlahan. Otak anda akan menyesuaikan keadaan dengan pulsa tanpa anda melakukan apa-apa