Thursday, October 21, 2010

Budak zaman sekarang susah nak lawan

Ko ada anak.?? Anak buah ke.?? anak mata ke anak tekak tak kira.. Come on laa der itu lawak lama lapuk ko cakap gak aku sepuk.. Ada ada ? ! ?
Ini cerita kisah aku dan anak aku punya abang yang punya. Dia datang umah aku punya bapak ketuk pintu terus bagi salam "asshh shhalammm uuuu kommmm, atoookk nenekkk..."
Mak aku pon bukak pintu "hello licha, cayang nenek sket mehh.." Mwahhhhhh..
Licha meluru masuk menuju ke tangga langsung dia menjerit "Aaaacccuuuu aaccuuuu !!"
Melompat terkinja-kinja dia menunggu acu. Macam mana aku tahu? Aku kat atas lagi time tu.. Haa!! Buat cite tipu.!!

Selang beberapa minit aku pon turun.. Dekat setengah jam jugak laa licha tunggu.. Nasib baik dia tak reti merajuk lagi dengan aku kalau tak mau dekat 3-4 tub aiskrim jugak laa kena beli nak pujuk dia tu. Aku sengih.. Licha sengih balik ditambah gelak tawa kecil.. Aku buat muka tak reti Licha tetap tersengih tak henti.. Dalam hati aku "apa masalah budak neh, high' on milk ke apa neh.."


Licha: "Acu.. acuuu.!!"
Acu : "Apa cha.??"
Licha: "hehehh.." *masih tersengih*
Acu : ..........
Licha: "Aaaacucucu.."
Acu : "iya saya licha.."
Licha: "aaaaa.. licha ada.. licha ada ball.. haaaa.." *dengan nada belagak*
Acu  : "eleh, acu pon ada ball.. nak tengok.??"
Licha: "mane.?"
Acu  : "neh haa.!! Besarrr pnye.!!"
*aku tunjuk bola besar punya, bola exercise mak aku color biru tuh*
Licha: ..............
Acu  : "haa, acu menang!! yeahhh.."
Licha: "aaaaa, licha ada beskal, acu xde.!!"
Acu  : "acu ada basikal lagi tinggi dari licha siap ada gear dengan dua roda lagi.. haa.."
Licha: "eleehh, beskal cha lagi lawa.. haa.. pink color.!!"
Acu  : "ehh, beskal licha xleh nek bukit.. wekkk.."
Licha: "wutevaaaa..."
Acu  : "haa haa, licha kalah.!!"
Licha: "licha ada papa.. Acu ada ke.??" *sambil dia memeluk erat papanya*
Acu  : "acu pon ada laaa.. tuhh.. lagi hensem.!!"
*aku tunjuk ke arah ayah aku yang sedang menonton tv*

Aku takde laa pegi peluk ayah aku tetibe kang dia ingat aku buang tabiat ke apa...
Sekali tak semena-mena licha kembali bersuara...


Licha: "Acuuuu.!!"
Aku saja buat tak dengar sambil pandang ke arah dapur, terasa lapa pulak...
Apa laa agaknya mak aku masak hari ni...
Licha: "Oi.!! Acuuuuuuuuu.!!"
Acu  : APA.?? *sambil membeliakkan bijik mata ke arah anak buahku itu*
Licha: "hihik.. aaaaaaaaa.."
Acu  : ...............
Licha: "Licha ada adik.!! Adik miya.. Haa.. Acu takde.."

Aku terdiam terpaku terpana...
Muka yang ceria mulai bertukar...
Selera yang tadi ada ntah hilang ke mana...
Aku menarik senyum terpaksa...

Acu  : "Okayyy, licha menang... Acu surrender..."
Licha: "Yayyyy.!!" 
*sambil mengangkat tangan gaya menang lumba beskal dengan budak rumah sebelah*

Budak zaman sekarang susah betul laa nak lawan..
Nak je aku mintak adik sorang kat mak aku...
Tapi kang... 

Aku  : "Ma, nak adik sorang..."
Mak : "lepuk nakk.??"

Apa tak dapat...