Monday, October 11, 2010

Ingin aku jadi angkasawan

Aku masih teringat zaman sekolah, dalam report kad kena tulis cita-cita. Masa tuh aku darjah 4, jam jugak nak tulis apa...

Saya bercita-cita menjadi:-

1)............
2)............
3)............

Ada tiga ruang kosong, idea satu pon tak ada... Adoyai...
Apa lagi tengok kawan sebelah laa... Macam gaya nak tiru exam...
Dia tulis...
1.Pemain Bola Sepak Epl (Alan Shearer)
2.Pelari Pecut Olimpik (Michael Duane Johnson)
3.Ahli Gusti WWF (Stone Cold Steve Austin)
Siap ada dalam kurungan lagi bai... Ambitious the very budak neh...
Pengaruh tv betul kuat masa tuh, yela tengah zaman budak-budak ~ impossible is nothing... *(excuse my england not so strong...)
Aku pandang dia, dia sengih dengan gigi jongang akibat makan choki-choki hari-hari..
Dok tarik-tarik plastik choki-choki tuh guna gigi hamekkk ko... Joe O' Ngangg.!!
Pernah aku tanya kenapa tak beli coklat bulat-bulat bentuk duet siling tuh..??
Alasan dia choki-choki murah dan sedap, duit lebih simpan nak beli komik dragon ball..

"Ok, masa tinggal lagi 10min..." kata cikgu aku kepada semua murid-murid...
Alamakk, apa nak tulis neh lagi payah dari jawab exam ohh...
Tiba-tiba aku teringat masa kecik-kecik bapak aku ada belikan aku mainan...
Space Shuttle NASA color putih siap ada bendera us lagi i tell u.. haa..
1.Ahli angkasa (Neil Armstrong)
Setel satu tinggal lagi dua, cepat-cepat masa nak time dah neh...
Aku perah otak cuba ingat apa lagi aku suka buat masa aku kecik dulu...
Main lego, play-dough, buat sandcastle... Ok cun...
2.Pekerja kontrak (Wak Jono)
Lagi satu aku tanya awek sebelah pon naisss jugak neh...
"Eh, wak apa lagi cita-cita aaaaa..??" tanya aku...
"Saintis..." jawab awek muka sememeh pakai tudung senget benget dengan gaya belagak...
Owhkayy.. Taram tam tammm sudah...
3.Saintis (Albert Einstein)
Aku pon taknak kalah siap buat dalam kurungan lagi huhh...

Ketua darjah pon kutip kad report semua dengan pantas tuntas langsung diberi pada cikgu..
"Murid-murid, ada kawan kita nak jadi angkasawan. Sila tepuk tangan.." kata cikgu sambil tergelak kecik pasal dia dah memang besar alam semesta cakerawala..
*Semua Tepuk* Puk puk puk..
Dalam kepala aku dok pikir apekemendenye angkasawan tuh.?? Siapa laa yang tulis tuh..
Tetiba cikgu mengalih pandangan tepat ke mata aku lalu berkata "Neil Armstrong.. Tiba di bulan nanti sampaikan salam cikgu pada bintang-bintang ya.."
aku dah macam waht the hek laa teacher.. no privasi bikin kontroversi..
i shy u do do simple like-like u father mother heart..
1)Ahli angkasa Angkasawan
2)Pekerja kontrak  Jurutera
3)Saintis
Cikgu wat pembetulan kat report kad aku siap rite guna pen merah lagi...
Betul-betul macam exam laa.. Nasib baik dia tak tulis cita-cita anda terpesong jumpa saya...


Sampai ke hari ini 10/10/10 aku mampu tengok je angkasa...
Nak pergi tak mampu laa derr terdaya apa ntah lagi...
Oh ya satu lagi aku mampu tengok angkasawan negara kahwin...
Tahniah Datuk Dr. Syeikh Muzafar bini ko bley tahan lawa ;)
RESPEK.!!!