Saturday, October 9, 2010

Kisah aku dia dan usia

aku hidup dalam usia;
bermulanya aku satu dua tiga;
kemudian empat lima & enam;
tiba ke-tujuh pergi ke sekolah;
belajar abc dengan penuh gagah;

menulis bercakap serta membaca;
aku juga sempat belajar mengira;
separa sedar belasan tahun lamanya;
menghadap buku pen pensel di tangan;
kini setelah semuanya berlalu;
banyak ku timba ilmu serta kawan;
cuma yang pelik buat aku keliru;
kurang ajar tentang wang & kehidupan;
mengapa begitu tidak ku tahu;
apa yang aku belajar kalau begitu?
ilmu ditimba buat bekalan didunia;
amalan dilaksana untuk hari menjelma;
buat baik bagus tapi berpada pada;
buat jahat sekali sekala tak apa;
benda aku buat tak semua aku ingat;
benda kalau dah lupa nak buat macam mana;
kadang buat-buat terlupa tak ingat;
otak sempit tak semua boleh lekat;
semakin hari makin lanjut usia;
bertambah tua kuang muda;
tambahan pula kedut di muka;
tidak lupa juga uban di kepala;
mata mulai tak nampak;
telinga pula semakin pekak;
semua petanda tak lama agak-agak;