Sunday, October 10, 2010

tat'gak'uki' bercuti di BP~

Hari itu hari sabtu aku masih ingat lagi. Exam baru habis semua orang nak balik cuti. Sudah berzaman lamanya aku tak berbbq, teringin benar rasa di hati. Gak' pon dah beriya apa lagi, jom laa pergi. Destinasi dituju Batu Pahat rumah uki^. Mari ikuti...

Jam tangan aku menunjukkan jam 4pm. Janji nak gerak 430pm tapi mana semua orang neh?? Aku bersama brader j menanti ketibaan `gak & nenek yang sibuk dengan exam mereka. "Lama betul dorg exam der, kompem full mark laa paper neh.." kata aku kepada j. Sejurus itu terpacak dua lembaga depan pintu dengan wajah tersengih puas macam baru lepas berak. "Cmne exam.." tanya aku. "GG.." kata `gak. "Naisssss, apalagi jom laa gerak.." kata aku sambil tergelak. "Jommm.." jawab mereka semua serentak. Fulamak, aku rasa macam chief pulak!! Tapi kejap... Mana pit..?? Setelah 3jam 10min 12saat persoalan itu terjawab. Pit muncul dengan mata terkebil-kebil tanpa sebarang petunjuk rasa bersalah seraya berkata "jomm laaa, dok canggak apo laie..". Raja Delay ~noktah. Takdo apo den nak kato dahh...


Perjalanan dimulain. Ahli rombongan terdiri dari pit si pemandu jalanan, `gak co driver yg kompem tido, brader j, nenek dan cik tat'. Berbekalkan direction yang diberi oleh uki^ , pit laju memandu 70km/j. Macam bawak kete F12 laa laju dia. Lepas tol Pagoh belok kanan terossss cari dusun damai begitu kata uki^. Melalui kawasan dusun damai yang sememangnya sunyi sepi, pit terpaksa memperlahankan pemanduannya kerna kurang nampak akibat jalan gelap gulita takut tengah jalan kot ada apa-apa.  "Krukkkkk..." kedengaran bunyi yang kuat secara tiba-tiba. *SUNYI* Ada yang menoleh kiri kanan, ada juga yang diam terpaku.. Alamakkkk.. Bunyi apa tuuuu..?? `Gak paling rilek sekali baru bangun tido terus bukak mulut "aku lapar laa, korg tak lapar ke? Jum laa makan SAMA.." "Adoyai makan je ko ingat `gak orang lain dah dok kecut perot neh.." kata nenek. "lek luuu, mak uki^ dah masak soto untuk kita semua sat lagi makan sama naa.." kata cik tat'. 

Setiba di rumah uki^ kami pon melantak dan terossss terjun kolammm..!! Keesokkan harinya pula bbq diadakan dengan penuh jaya. Beberapa gambar tempat kejadian yang sempat dirakamkan:-











Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mak uki^ yang sudi melayan karenah kami, auntie peram ayam terbaek..!! Jangan risau ye, nanti kami datang lagi. Raya haji dah dekat dah neh. Terima kasih juga kerana cerita tentang dusun damai tuh, teross balik kitorg ikot jalan lain sudah.. Aiyooo..!!