Saturday, November 27, 2010

Pilihan pilihan persoalan hidup~

Sepanjang hidup kita sering kali di datangi oleh sang pilihan persoalan yang menjelma di depan mata. Pilihan persoalan seperti nak nak tidur ke nak buat apa neh? Dengan mudah pilihan di buat.. Tidur ZzzzZzzz.. Melainkan ada benda menarik untuk dilakukan seperti keluar makan ke, keluar dating ngan awek ke anak orang ke, layan movie 2 alam ke, layan diri ke, men game klik-klik kat tenet yang xde gambar ke family feud ke, main bola ke tengok bola ke, tengok cerita indon ke cina ke india ke melayu ke filipina ke korea ke jepun ke omputih ke, nak pakai baju apa ke, ngumpat ke gossip ke dan seumpamanya yang mampu buat anda terjaga dari lena.


Antara pilihan yang macam payah sket nak buat dalam hidup neh adalah seperti:- nak makan apa? makan kat mana? nak makan ke tak? sanggup bangun nak pegi makan ke tak? nak makan banyak ke sket aku lapa atau kenyang lagi neh?? nak diet ke takpe laa aku nak gemok?? nak gerak pukul berapa?? nak cakap ke tak?? nak cakap apa?? nak tapi segan silu?? nak kanan ke kiri time tengah sesat?? nak terus ke patah balik??  nak skang ke lek dulu?? nak jadi apa bila dah besar nanti?? nak beli ke tak?? nak tibai je ke apa?? 


Pilihan di kawal oleh sang emosi yang mempengaruhi tubuh badan anda untuk bertindak mengikut situasi. Ketika emosi tidak stabil cas negatif mula menguasai diri anda dan pilihan yang anda buat pada ketika ini biasanya kurang cerdik atau kurang tepat. Situasi mamat tengah emo ke sedih ke penat ke malas ke biasanya akan memilih "xleh laa, xpe laa, len kali laa, malas laa, pegi dulu, u go 1st i come 2nd, tapi...., lek dlu...., tak tahu dowhh, cuak plak laa, esok lusa mggu depan bulan depan taun depan, tak jadi laa, kasi chance orang lain .."


Pilihan juga mempunyai beberapa pemangkin seperti wang ringgit ke dinar emas, dollar tak bape nak laku plak zaman sekarang dan ganjaran yang juga memainkan peranan dalam membuat pilihan.. Mereka yang punya intan permata wang berjuta rupiah pon boleh laa kira, kebiasaannya apabila membuat pilihan akan memilih atau berkata "boleh, jom, skang, cepatlaaa, tak sabar dah neh, beres, bisa, can can, ok, done, setel, dok cangak apo laie, deras laa binatang.." Ganjaran boleh mengubah tidak' kepada ya' atau ya' kepada kompem' atau kompem' kepada takyah banyak bunyi gerak gerak.. Dengan syarat ganjaran mestilah menarik atau memikat hati seperti blanja makan naan cheese ayam tandoori ke bagi duit imbuhan ke keluar date dengan awek cun ke percutian 4hari 3malam kat Kluang ke percuma langganan berita harian seumur hidup ke.. Menarik?!


Bila seseorang manusia perlu membuat keputusan atau pilihan dalam hidup mereka tidak salah mendapatkan sedikit idea atau cadangan atau nasihat dari rakan taulan ibu bapa keluarga sanak saudara atuk nenek atau sesiapa yang agak hidup dah lama. Malah merujuk sejarah tentang peristiwa yang lebih kurang dengan situasi berkenaan pon boleh menjadi suatu cara yang berkesan. Tetapi bila tiba masa untuk memilih semuanya bergantung kepada anda sendiri bukan mereka bukan si dia bukan ibu bapa bukan rakan atau kawan atau adik abang. Anda yang berkuasa penuh terhadap pilihan yang besar kecil sederhana penting tak penting yang boleh memberi kesan kepada hidup anda akan datang atau bahasa lebih mudah masa depan anda kiranya ada... 


Life should be simple as 1--> 2--> 3 . . . 1) wake up 2) do random shit 3) go to bed . . . 
When you wake up the next day, you don't remember shit . . . 
Livin' the moment . . .